Penyakit Hirschsprung

oie_AOr4TC5DaIt1

Apa khabar semua? Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera. Tajuk artikel kita hari ini adalah berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai “Penyakit Hirschsprung”. Penyakit apa yang pelik sangat nie? Penyakit Hirschsprung adalah suatu keadaan yang mempengaruhi usus besar seseorang itu sehingga menyebabkan mereka mengalami masalah ketika buang air besar.

Penyakit Hirschsprung merupakan salah satu penyakit yang terjadi sejak kelahiran lagi (kongenital). Ia adalah kesan daripada kehilangan sel-sel saraf di dalam otot-otot usus bayi.

 

Gejala Penyakit Hirschsprung

Pada Bayi :

  • Perut membengkak
  • Sukar untuk buang air besar
  • Muntah-muntah
  • Mengalami sembelit

Pada Kanak-Kanak :

  • Perut membengkak
  • Sembelit kronik
  • Berat badan menurun
  • Mengalami kelelahan

 

Penyebab Penyakit Hirschsprung

Penyebab kepada penyakit ini masih belum dapat dikenalpasti dengan tepat. Akan tetapi, untuk sesetengah kes Penyakit Hirschsprung, ianya dapat dikaitkan dengan keadaan yang dikenali sebagai mutasi genetik. Untuk memudahkan lagi pemahaman kita, berikut dikongsikan bagaimana Penyakit Hirschsprung terjadi.

 

Bagaimana Penyakit Hirschsprung Terjadi

Sel-sel saraf di dalam kolon berfungsi bagi mengawal pengecutan otot yang menggerakkan makanan melalui usus. Apabila sel-sel saraf ini tidak terbentuk sepenuhnya, ia menyebabkan pergerakan makanan di dalam usus menjadi terhalang. Disebabkan tiada sebarang pergerakan yang terjadi, ia seterusnya membuatkan najis tidak dapat bergerak keluar daripada usus.

 

Faktor Pendorong Penyakit Hirschsprung

  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidapi penyakit ini
  • Lebih berpotensi tinggi dialami oleh lelaki berbanding wanita
  • Mempunyai masalah jantung dan sindrom down
  • Kanser kelenjar tiroid

 

Komplikasi Penyakit Hirschsprung

Terdapat beberapa komplikasi yang dapat dialami oleh penderita Hirschsprung. Antaranya ialah kanak-kanak yang menghidapi penyakit ini lebih mudah terdedah kepada jangkitan usus serius yang dikenali sebagai enterocolitis. Najis yang tidak dapat dikeluarkan dan berada di dalam usus dapat mendatangkan jangkitan bakteria.

Apabila saiz najis tersebut menjadi semakin membesar, ia seterusnya menekan saluran darah yang terdapat pada dinding usus besar. Apabila ini terjadi, ia akan menyebabkan kerosakan pada lapisan usus besar (mukosa) dan secara tidak lansung membuatkan ia menjadi lebih mudah terdedah kepada jangkitan. Enterocolitis dapat mengancam nyawa sesiapa sahaja yang menghidapinya.

 

Langkah Mengatasi Penyakit Hirschsprung

  • Dapatkan nasihat daripada doktor berkenaan masalah anda
  • Makan makanan yang berserat tinggi
  • Minum banyak air kosong
  • Menjadikan senaman sebagai rutin harian

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.dokterdigital.com/id/penyakit/78_penyakit-hirschsprung.html

http://www.sehatfresh.com/penyakit-hirschsprung/

http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hirschsprung’s-disease/symptoms-causes/dxc-20214666

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>