Tips Kesihatan : Tidur Yang Berkualiti

oie_ku491fVkxaKm

Hai semua, semoga sihat dan ceria selalu yea. Tajuk yang dipilih oleh tcm hari ini adalah berkenaan dengan cara-cara bagi mendapatkan tidur yang berkualiti. Dengan tidur yang berkualiti, hal ini secara tak langsung akan dapat menjadikan tubuh badan kita lebih sihat. Tidur merupakan keperluan asas bagi kita semua. Tidur adalah proses di mana seseorang itu dapat merehatkan anggota badannya daripada bekerja.

Walaupun begitu, ramai diantara kita yang tidak sedar, tidur yang diamalkan mereka selama ini mugkin tidak memberikan mereka manfaat yang sepatutnya. Tidur dengan cara yang tidak betul dapat mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kita. Contohnya, sakit badan, lenguh pada bahagian leher dan lain-lain. Antara tips-tips yang dapat kita amalkan di dalam mendapatkan tidur yang berkualiti ialah :

 

  • Hadkan waktu tidur petang – Amalan tidur yang panjang pada waktu petang dapat mengganggu kualiti tidur seseorang itu pada sebelah malamnya. Jadi, anda dinasihatkan agar menghadkan waktu tidur anda selama 10 hingga 30 minit sahaja dan seeloknya diamalkan diantara jam 12.30 tengah hari hinggga 1.30 petang.
  • Elakkan melakukan kerja hingga lewat malam – Sekiranya anda mempunyai banyak kerja, cuba untuk lakukan pada waktu awal pagi berbanding lewat malam.
  • Kafein stop! – Pastikan anda bebas daripada minuman yang mengandungi kafein sekurang-kurangnya 6-8 jam sebelum tidur. Selain itu, pastikan juga anda tidak minum minuman berkafein tersebut melebihi empat cawan sehari.
  • Pengurusan tekanan – Tekanan merupakan salah satu penyebab utama mengapa seseorang itu sukar untuk tidur. Ini kerana, apabila seseorang itu mengalami tekanan, ia akan membuatkan mereka mereka sukar untuk tidur kerana banyak berfikir. Jadi dengan melakukan pengurusan tekanan dengan cara yang betul, ia akan lebih memudahkan anda untuk tidur dengan nyenyaknya.
  • Bersenam di siang hari – Cuba untuk luangkan sedikit masa pada siang hari untuk bersenam. Ini kerana, anda akan dapat tidur lebih cepat dan nyenyak sekiranya anda bersenam di siang hari.
  • Cipta rutin untuk tidur – Lakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur seperti mandi dengan menggunakan air panas, membaca buku, mendengar muzik yang menenangkan dll.
  • Pastikan keadaan tempat tidur anda selesa – Cantikkan bilik tidur anda dengan sesuatu yang dapat buatkan anda berasa tenang sebelum tidur. Contohnya, gunakan lampu tidur yang malap, catkan dinding anda dengan warna yang menenangkan, gunakan tilam dan bantal yang anda selesa dll.
  • 30 minit tanpa elektronik – Pastikan tiada alat elektronik berhampiran tempat tidur anda sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur.
  • Katil hanya untuk tidur – Gunakan katil anda hanya untuk tidur, bukan tempat untuk menonton televisyen, makan dan sebagainya.

 

Selamat mencuba yea. ^^, semoga kita semua dapat memperoleh manfaat yang sepatutnya daripada tidur kita yang berkualiti. Setelah mendapatkan tidur yang berkualiti, barulah kita boleh mulakan hari baru dengan penuh bersemangat!! ;)

oie_8StFSB2PaXIl

Rawatan Alternatif : THETOLE

line-lucu-SMS-Lucu-Pakai-Stiker-LINE-Dari-XL

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>