Kenali Tendonitis

oie_rxuiqwhrdglk

Apa khabar semua? Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan suau keadaan yang dikenali sebagai tendonitis. Tendonitis merupakan suatu keradangan yang terjadi pada tendon seseorang itu. Apa tu tendon ye? Tendon merupakan sekumpulan tisu penghubung yang berfungsi untuk memegang otot dan juga tulang. Boleh dikatakan, tendon terdapat diseluruh tubuh badan kita.

Antara kawasan yang sering mengalami tendonitis adalah seperti bahu, pergelangan tangan atau kaki, lutut, tumit dan juga siku.

 

Gejala-Gejala Tendonitis

Berikut merupakan beberapa gejala umum bagi mereka yang mengalami tendonitis. Antaranya adalah seperti :

  • Mengalami pembengkakan pada kawasan yang terlibat
  • Merasa lemah dan sakit pada bahagian sendi dan otot
  • Kawasan yang mengalami tendonitis kelihatan kemerahan dan terasa panas
  • Pergerakan menjadi terbatas
  • Sendi merasa kaku

 

Faktor Penyebab Tendonitis

Tendonitis dapat disebabkan oleh pelbagai aktiviti yang dapat mendorong kepada beban terhadap tendon hingga membuatkannya mengalami kecederaan. Contohnya adalah seperti ketika seseorang itu melakukan sebarang gerakan yang tidak betul ketika bersukan, bekerja atau lain-lain aktiviti. Selain itu, tendonitis juga dapat disebabkan oleh kemalangan atau kecederaan yang terjadi secara tiba-tiba.

Disamping itu, faktor usia seseorang itu juga memainkan peranan, Ini kerana, semakin meningkat usia seseorang itu, tendon mereka juga akan lebih mudah terdedah kepada sebarang kecederaan.

 

Antara Rawatan Tendonitis

Terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh dilakukan bagi mengubati tendonitis. Antaranya ialah seperti melalui :

  • Ubat-ubatan : Ubat tahan sakit (aspirin atau ibuprofen) dan suntikan kortikosteroid.
  • Terapi fizikal : Melakukan terapi latihan yang dapat merenggangkan dan menguatkan bahagian otot tendon yang mengalami keradangan atau iritasi.
  • Pembedahan : Rawatan melalui pembedahan akan dilakukan apabila kes tendonitis tersebut terlalu serius seperti tendon yang telah terpisah daripada tulang dll.

 

Langkah Pencegahan Tendonitis

Antara amalan atau tips yang boleh anda amalkan di dalam mencegah tendonitis adalah seperti :

  • Melakukan sebarang aktiviti senaman dengan cara yang betul
  • Berhenti dan berehat sekiranya aktiviti yang anda lakukan mendatangkan rasa sakit pada sendi atau tendon anda
  • Elakkan daripada tekanan yang berlebihan pada tendon anda
  • Bersukan dengan cara yang betul

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=apa+itu+tendonitis

http://www.alodokter.com/tendinitis

https://www.docdoc.com/id/info/condition/tendonitis

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>