Penyakit Epiglotitis

oie_yvfqrjdqclvx

Salam rabu semua, hari ini tcm nak kongsikan juga dengan anda semua berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai “Epiglotitis”. Epiglotitis merupakan sejenis penyakit yang sangat berbahaya. Ini kerana, epiglotitis berpotensi mengancam nyawa penderita apabila aliran udara pada paru-paru mereka menjadi terhalang.

Oleh sebab itu, penyakit ini sama sekali tidak boleh dipandang remeh. Bagaimana penyakit ini mampu membuatkan aliran udara pada paru-paru pesakit menjadi terhalang yea? Epiglotitis merupakan suatu jangkitan yang terjadi pada epiglotis.

 

Apa itu Epiglotis?

Epiglotis merupakan tulang rawan yang berfungsi sebagai injap pada pita suara (larynx) dan saluran pernafasan (trakea) yang akan menutup ketika proses menelan berlaku. Apabila epiglotis mengalami pembengkakan yang disebabkan oleh faktor tertentu, ia secara tidak langsung dapat membuatkan saluran tekak anda menjadi tersumbat dan seterusnya membuatkan udara kepada paru-paru menjadi terhalang.

 

Gejala-Gejala Epiglotitis

Bagi kanak-kanak, tempoh masa yang diambil untuk gejala berkembang adalah di dalam kiraan jam sahaja. Bagi orang dewasa pula, tempoh masa yang diambil untuk gejala berkembang adalah lebih lama iaitu dalam beberapa hari. Antara gejala-gejalanya seperti :

  • Merasa sakit pada bahagian tekak
  • Sukar untuk menelan sesuatu makanan atau minuman
  • Demam
  • Sering merasa cemas atau gelisah
  • Bunyi nada suara tinggi yang tidak normal ketika bernafas

 

Penyebab Epiglotitis

Faktor penyebab utama kepada epiglotitis dikalangan kanak-kanak adalah disebabkan oleh bakteria Haemophillus Influenza type B. Bagi orang dewasa pula, epiglotitis sering disebabkan oleh streptokokus. Menurut hasil kajian yang telah dijalankan, epiglotitis lebih sering ditemui pada mereka yang berusia diantara 2 hingga 5 tahun.

Selain itu, epiglotitis juga sangat jarang sekali terjadi pada mereka yang berumur 2 tahun kebawah.

 

Faktor Pendorong Epiglotitis

  • Memiliki sistem ketahanan tubuh badan yang lemah
  • Imunisasi yang tertunda atau terlewat
  • Lebih sering terjadi pada lelaki berbanding wanita

 

Tips Pencegahan Umum

Antara tips-tips pencegahan umum yang boleh diamalkan di dalam mencegah epiglotitis adalah seperti sentiasa menjaga kebersihan diri. Sebagai contoh, cuci tangan anda secara rutin dengan bersih. Tips seterusnya ialah amalkan gaya pemakanan yang sihat supaya tubuh badan anda mendapat zat yang mencukupi dan seterusnya mampu mencegah pelbagai penyakit berbahaya.

Tcm doakan semoga anda semua sentiasa sihat serta dijauhkan daripada pelbagai jenis penyakit yang berbahaya. Hidup lebih bahagia, dengan kesihatan yang terjaga. Bubye! :)

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=penyakit+epiglotitis

http://www.sehatfresh.com/infeksi-epiglotis/

http://www.spesialis.info/?gejala-epiglotitis,1143

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>