Rawatan Sakit Lutut The Tole Acupuncture
Sakit lutut merupakan salah satu masalah utama yang sering dialami oleh mereka yang telah berusia. Walaupun begitu, mereka yang masih muda juga turut berisiko mengalami sakit lutut. Sebelum pergi lebih lanjut, jom kita kenali serba sedikit mengenai lutut. Lutut merupakan sendi penghubung diantara tulang paha (femur) dan tulang betis (tibia).
Ligamen pula adalah struktur pada lutut yang memegang tulang femur dan tibia serta menolong mengawal pergerakan sendi. Sendi lutut boleh dikatakan merupakan sendi yang terbesar dalam tubuh badan dan mempunyai fungsi yang sangat penting di dalam pergerakan.
Petua Redakan Sakit Lutut
Bagi meredakan sakit lutut, anda dapat mengamalkan beberapa petua. Antaranya seperti :
- Rehatkan sendi lutut selama 12-24jam sekiranya mengalami sebarang kesakitan
- Elakkan dari melakukan sebarang senaman ketika mengalami sakit lutut
- Kurangkan berat badan yang berlebihan
Nak tahu petua-petua lain lagi? Boleh refer SINI!
Kecederaan Lutut
Selain daripada faktor usia, sakit lutut kebiasaanya dapat disebabkan oleh pergerakan yang berlaku secara tiba-tiba. Contohnya seperti pemain bola yang terpaksa berlari dengan laju dan kemudian berhenti serta menukar kepada arah yang berbeza untuk berlari. Sekiranya tidak dilakukan dengan betul, pergerakan tersebut mampu menyebabkan kecederaan pada bahagian lutut.
Testimoni Pesakit The Tole
Puan C, Umur 60 (1995)
Puan C mengalami masalah pembengkakan pada bahagian lutut kanan. Ianya telah berlangsung selama tiga hari. Pada hari pertama, Puan C mengalami kesukaran untuk berjalan datang ke pusat rawatan. Walaupun begitu, setelah melakukan rawatan pertama, Puan C merasakan seolah-olah sakit lututnya telah berkurang sebanyak 40%.
Selepas tiga hari seterusnya, Puan C boleh membengkokkan lututnya seperti biasa. Selepas itu, Puan C turut menjalani rawatan akupuntur dan mengambil ubat-ubatan herba selama 1 minggu bagi menguatkan semula otot lututnya. Setelah seminggu, Puan C kini dapat menaiki tangga tanpa sebarang masalah.
Hubungi The Tole Acupuncture
The Tole Acupuncture Herbal Medical Centre Sdn Bhd
Lot 2.01, 2nd Floor,
Medical Specialist Floor,
Menara KH (Menara Promet),
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Malaysia
Operating Hours :
Monday to Saturday : 9:00 am to 6:00 pm
Sunday : 12:00 pm to 4:00 pm
*(Malaysia Time)
Tel No : +603-21418370 / +603-21451671
Whatsapp (only): +6012-7688284