Penyakit Demam Berdarah

oie_UTwlvlTPOyJJ

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Seperti biasa, hari ini tcm akan kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan artikel kesihatan. Artikel yang akan dikongsikan pada hari ini bertajuk “Penyakit Demam Berdarah”. Demam Berdarah Denggi (DBD) merupakan sejenis demam yang akan membuatkan penderitanya mengalami rasa sakit yang sangat luar biasa sehingga ke tulang.

DBD dapat terjadi pada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina dan pangkat umur. Oleh itu kita semua hendaklah lebih berwaspada terhadap DBD.

 

Penyebab DBD

Penyebab kepada penyakit DBD adalah disebabkan oleh gigitan nyamuk yang seterusnya menimbulkan gejala seperti demam pada suhu yang sangat tinggi sehingga mencecah 41 darjah celcius. Nyamuk tersebut dikenali sebagai “Aedes Aegypti”. Virus yang dibawa oleh nyamuk tersebut pula ialah virus denggi. Penyakit DBD tidak dapat tersebar melalui seseorang yang dijangkiti kepada seseorang yang lainnya.

Penyakit DBD hanyalah disebarkan oleh nyamuk tersebut. Nyamuk aedes aegypti kebiasaanya ditemui banyak membiak di kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk yang padat serta iklim cuaca yang panas dan lembap.

 

Gejala-Gejala DBD

  • Demam pada suhu yang tinggi
  • Tubuh yang terasa lemah seperti pesakit anemia
  • Sering mual-mual dan muntah
  • Darah yang keluar melalui hidung, muntah, air kencing dan najis
  • Sakit pada perut yang berlanjutan

 

Bagi sesiapa sahaja yang mendapati dirinya mengalami salah satu atau lebih gejala seperti yang dinyatakan di atas, segeralah dapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor. Ini adalah bagi mengelakkan penyakit DBD berkembang menjadi lebih teruk seperti turunnya tekanan darah, berlakunya kerosakan organ, ataupun mengalami sebarang pendarahan.

Antara pemeriksaan yang boleh dilakukan oleh doktor di dalam mengenalpasti penyakit anda adalah dengan melakukan pemeriksaan darah. Ujian darah dilakukan bagi mengesan sekiranya terdapat sebarang virus denggi di dalam darah anda.

 

Langkah-Langkah Pencegahan DBD

  • Sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran
  • Elakkan daripada membiarkan sebarang air bertakung bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes
  • Memasang kelambu ketika tidur
  • Memasang jaring halus pada tingkap bagi mengelakkan nyamuk daripada masuk ke dalam rumah

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://infolengkappenyakit.blogspot.my/2016/02/demam-berdarah.html

http://www.alodokter.com/demam-berdarah

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>