6 Tips Sihat Buat Yang Sibuk Bekerja

oie_AxIRdTKLXSJX

Kos perbelanjaan yang semakin meningkat mendesak kita untuk bekerja lebih keras di dalam menampung perbelanjaan harian. Tidak kiralah lelaki atau perempuan, kedua-duanya kini sibuk bekerja. Tidak salah untuk kita bekerja keras di dalam menampung perbelanjaan atau di dalam mengejar impian. Akan tetapi, kesihatan juga perlulah dijaga supaya kita tetap terus sihat untuk melakukan akiviti harian kita.

Disebabkan oleh gaya hidup yang terlalu sibuk, boleh dikatakan ramai yang menggunakan alasan tersebut untuk tidak bersenam. Senaman merupakan salah satu aktiviti harian yang sangat penting untuk kita lakukan di dalam menjaga kesihatan kita. Oleh itu, jom tcm nak kongsikan tips-tips untuk sihat yang boleh dilakukan terutamanya mereka yang sering sibuk bekerja.

 

1. Banyakkan Berjalan

Oleh kerana tiada masa untuk kita jogging di taman, tcm sarankan supaya anda banyakkan aktiviti berjalan. Antara caranya adalah seperti parking kereta atau motor agak jauh daripada rumah atau pejabat. Dengan cara ini, kita pasti terpaksa berjalan untuk sampai ke tempat yang ingin dituju.

 

2. Elakkan Stress & Overwork

Elakkan daripada terus menerus melakukan kerja tanpa henti untuk mengelakkan daripada stress dan overwork. Sebaiknya adalah, ambil sedikit masa untuk merehatkan minda anda dan melakukan senaman ringan yang sesuai dilakukan ditempat kerja anda. Selain daripada menjadi lebih sihat, prestasi kerja anda juga akan menjadi lebih berkualiti.

 

3. Pemilihan Sarapan

Ha, jangan ingat faktor ni tak penting yea. Pemilihan jenis makanan untuk kita bersarapan di waktu pagi sangat penting sekali buat kesihatan kita. Elakkan daripada bersarapan dengan nasi lemak dan juga teh tarik. Ini kerana, nasi lemak dapat membuatkan kita menjadi lebih malas dan mengantuk. Adalah lebih baik untuk kita bersarapan dengan makanan yang berkhasiat seperti jus buah dan sandwich.

 

4. Gunakan Tangga Berbanding Lif

Sekiranya anda dapat meluangkan beberapa minit lebih awal daripada kebiasaan, gunakanlah tangga berbanding lif. Dengan cara ini, anda secara tidak langsung telah pun membakar banyak kalori. Ini kerana, naik dan turun tangga merupakan salah satu senaman kardio yang bagus untuk diamalkan.

 

5. Elakkan Minuman Berkarbonat

Minuman berkarbonat atau jus yang terlalu banyak gula hendaklah dielakkan. Adalah lebih baik sekiranya minuman-minuman tersebut digantikan dengan minuman jus buah-buahan yang dibuat sendiri oleh anda di rumah.

 

6. Amalkan Pemakanan Sihat

Makanan yang dimasak sendiri merupakan pilihan yang terbaik sekali. Sekiranya anda tidak sempat untuk masak, pilih makanan yang sihat untuk dimakan. Elakkan daripada makan makanan yang dipenuhi dengan kalori. Selain itu, banyakkan makan salad serta kurangkan makanan berminyak.

 

Berikut di atas merupakan beberapa tips yang boleh anda amalkan di dalam kehidupan anda yang sibuk. Kesihatan sangat penting sekali untuk dijaga, mencegah sememangnya lebih baik dari mengubati. Tcm pasti, dengan mengamalkan beberapa tips di atas, kehidupan anda dapat menjadi lebih baik dan juga sihat. Jom bersama-sama kita ubah gaya hidup kita agar lebih sihat dan ceria.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://dietdietsihat.blogspot.my/2015/06/11-tips-sihat-untuk-orang-sibuk-kerja.html

http://www.herbini.com/3-tips-kurus-dan-hidup-sihat-untuk-wanita-yang-sibuk-bekerja/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>