Tips Kesihatan : 8 Kebaikan Minum Kopi

oie_5yMdvPIDzQ5q

Kopi merupakan sejenis minuman yang sangat terkenal di Malaysia. Malah kopi juga merupakan salah satu minuman yang paling terkenal di dunia. Aromanya yang unik dan mampu membangkitkan selera menjadi salah satu kelebihan kopi. Tapi tahu tak anda sebenarnya terdapat banyak kebaikan yang dapat diperolehi dengan minum kopi. Berikut tcm senaraikan 8 kebaikan yang dapat diperolehi dengan minum kopi.

 

8 Kebaikan Minum Kopi

1. Mengurangkan Risiko Kemurungan

Kajian membuktikan bahawa kopi adalah sangat baik untuk mencegah enakmen melankolik. Mereka yang sering minum kopi akan mempunyai risiko yang rendah untuk mengalami masalah kemurungan. Ini kerana kafein yang terkandung di dalam kopi dapat mengaktifkan neurotransmitter di dalam otak yang dapat memberi ketenangan dan mood yang baik.

 

2. Bagus Untuk Bersenam

Bagi mereka yang sering bersenam seperti pergi ke gym atau jogging berdekatan rumah. Anda disarankan untuk minum secawan kopi sebelum memulakan senaman anda. Setelah meminum kopi, tubuh badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Hormon endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda dan membantu anda untuk bersenam dengan lebih baik lagi. Selain itu, kafein yang terdapat di dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.

 

3. Mencegah Penyakit Stroke

Menurut kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati terdapat penurunan risiko serangan stroke sebanyak 25% pada individu yang minum kopi sekurang-kurangnya secawan sehari. Manakala di Finland pula mendapati penurunan risiko sebanyak 12% pada mereka yang minum kopi sebanyak 4 cawan sehari.

 

4. Meningkatkan Kemampuan Kognitif

Minum kopi pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kadar kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memori jangka pendek kepada beberapa individu. Kafein yang terdapat di dalam kopi dapat menghalang terbentuknya plak beta-amyloid di dalam otak, ini sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik.

 

5. Sebagai Sumber Antioksidan

Kopi mengadungi lebih banyak kandungan antioksidan berbanding teh hijau dan coklat. Menurut kajian, kopi yang baru diproses mengandungi kira-kira 1000 antikoksidan. Jadi, disebabkan itu kopi sememangnya sangat sesuai buat mereka yang ingin menghapuskan kesan radikal bebas dalam badan.

 

6. Sebagai Rawatan Kanser

Berdasarkan beberapa kajian, lelaki yang minum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami kanser prostat. Dengan minum kopi sebanyak 4 cawan dan ke atas akan mengurangkan risiko kanser endometrium. Tidak hanya itu sahaja, terdapat kaitan di antara minum kopi dan risiko kanser yang lebih rendah seperti kanser hati, kolon, payudara dan rektum.

 

7. Hidup Lebih Lama

Mengikut kajian yang dijalankan di Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan asas biasa setiap hari akan hidup lebih lama berbanding mereka yang tidak minum kopi. Ini adalah kerana kopi mengandungi antioksidan yang tinggi. Selain itu, kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang itu terhadap rokok.

 

8. Mencegah Penyakit Gout

The Nurse Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun mengenai penyakit gout. Kajian tersebut menunjukkan jururawat yang kerap minum kopi sehingga 4 cawan sehari berjaya mengurangkan risiko penyakit gout. Antioksidan di dalam kopi ternyata dapat mengurangkan insulin di dalam badan dan secara tak langsung menurunkan tahap asid urik yang merupakan penyebab kepada sakit gout.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=kebaikan+kopi

http://www.melayupost.info/2016/11/kebaikan-minum-kopi-untuk-kesihatan.html

http://www.cikguhailmi.com/2013/02/sains-7-kebaikan-minum-kopi-yang-tak.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>