Sindrom Corpus

oie_3czIlJ571x0Z

Hai semua, tajuk yang ingin tcm kongsikan bersama anda semua hari ini adalah mengenai Sindrom Corpus. Sindrom corpus juga dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome. Ia terjadi disebabkan saraf yang melalui terowong korpus yang sempit ini telah ditekan oleh struktur disekelilingnya seperti tendon. Ia biasanya terjadi pada mereka yang melakukan aktiviti yang menggerakkan pergelangan tangan secara berulang-ulang.

Antara contoh aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti menaip, menulis atau menggunakan alat yang bergetar seperti drilling machine. Selain itu, sindrom ini juga dapat berlaku pada mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, masalah tiroid, berat badan berlebihan, mengalami kecederaan pada pergelangan tangan dan ibu mengandung pada bulan terakhir sebelum kelahiran,

 

Gejala-Gejala Sindrom Corpus

  • Timbul rasa kebas-kebas di jari-jari (kecuali jari kelingking) dan tangan
  • Sakit pada pergelangan tangan dan mungkin menular hingga ke bahu atau tapak tangan dan jari
  • Merasa lemah pada tangan hingga menyebabkan benda yang dipegang terlepas dari tangan

 

Rawatan Sindrom Corpus

1. Bagi mereka yang mempunyai tanda-tanda ringan, rasa tidak selesa dapat dikurangkan dengan merehatkan tangan dengan lebih kerap dan memakai splint di pergelangan tangan.

2. Mengambil ubat anti radang atau ubat penahan sakit yang disarankan oleh doktor.

3. Sekiranya rasa sakit anda berlarutan sehingga lebih daripada 6 bulan, pembedahan mungkin merupakan jalan terbaik.

4. Anda disarankan untuk segera mendapatkan rawatan tidak kira walau dimana tahap kesakitan anda sebelum ia menjadi lebih teruk dan seterusnya mengganggu pergerakan anda.

 

Langkah Pencegahan Sindrom Corpus

  • Elakkan atau kurangkan pergerakan tangan yang berulang-ulang terutamanya yang membengkok
  • Kurangkan memerah kain secara manual, gunakan mesin basuh
  • Mengangkat plastik beg di lengan
  • Set masa untuk rehatkan tangan ketika menulis untuk jangka masa yang lama
  • Set masa untuk rehatkan tangan ketika menaip untuk jangka masa yang lama
  • Pastikan posisi badan dan pergelangan tangan betul
  • Elakkan daripada duduk secara membongkok kerana ia boleh mengganggu saraf dan menyumbang kepada kesakitan pada tangan, pergelangan dan jari-jari
  • Elakkan daripada tangan berada terlalu jauh atau rapat daripada badan anda
  • Ketika menggunakan “keyboard”, pastikan tangan sama paras dengan siku

 

Berikut di atas merupakan beberapa langkah pencegahan yang dapat anda amalkan bagi mengurangkan risiko anda terkena sindrom corpus. Selain itu, anda juga dapat melakukan senaman regangan pada tangan anda. Salah satunya adalah dengan menggenggam kedua-dua belah tangan anda dan lepaskan genggaman anda serta luruskan tangan dan rehatkan jari-jari anda.

Lakukan dalam kiraan 5. Bengkokkan pergelangan tangan supaya dari-jari menghadap ke atas dan regangkan, tahan gerakan dalam kiraan 5. Seterusnya dalam keadaan selesa, luruskan tangan anda dan jari ke hadapan. Tarik ibu jari anda supaya anda dapat merasa ketegangan di pergelangan tangan. Ulang langkah-langkah di atas sebanyak 10 kali.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=Syndrom+Corpus

http://www.myhealth.gov.my/en/syndrom-corpus/

https://en.wikipedia.org/wiki/Carpal_tunnel_syndrome

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>