Penyakit Bradikardia

oie_StS0kThI69Wv

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai “bradikardia”. Bradikardia adalah sejenis penyakit serius yang menyebabkan jantung penderita yang mengalaminya berdegup lebih perlahan daripada normal. Degupan jantung normal bagi orang dewasa ketika sedang berehat adalah sekitar 60-100 degupan/minit.

Manakala, degupan jantung bagi penderita bradikardia pula berada dibawah paras normal iaitu di bawah 60 degupan seminit. Bradikardia mampu menyebabkan kematian sekiranya oksigen yang diperlukan oleh otak dan juga tubuh badan kita tidak mencukupi.

 

Gejala-Gejala Bradikardia

  • Nafas pendek atau sesak nafas
  • Sering pening
  • Pengsan
  • Mengalami gangguan pada ingatan
  • Mengalami sakit pada bahagian dada
  • Mudah letih ketika melakukan aktiviti fizikal

 

Mungkin ada diantara anda yang tertanya-tanya, adakah anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala-gejala yang berhubungkait dengan penyakit ini? Jawapannya adalah ya. Anda juga disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami keadaan seperti pengsan, kesukaran untuk bernafas dan sakit pada bahagian dada lebih daripada beberapa minit.

 

Faktor Penyebab Bradikardia

Terdapat banyak sebab yang dapat membuatkan seseorang itu mengalami bradikardia. Antaranya ialah :

  • Mengalami jangkitan pada tisu jantung
  • Hipotiroid
  • Penumpukan zat besi pada organ tubuh badan
  • Komplikasi yang dialami ketika menjalani pembedahan jantung
  • Mengalami gangguan pernafasan ketika tidur
  • Mengalami tekanan darah tinggi
  • Mengalami kerosakan tisu jantung akibat usia, serangan jantung atau penyakit tertentu

 

Kesan daripada masalah degupan jantung yang terlalu perlahan ini mungkin berbeza pada setiap orang. Ini kerana, ianya bergantung pada betapa perlahannya kadar degupan jantung serta tahap kerosakan pada tisu jantung yang dialami oleh seseorang itu.

 

Langkah Pencegahan Bradikardia

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, berikut disenaraikan beberapa langkah pencegahan yang boleh kita amalkan supaya dapat mencegah jantung kita daripada mengalami bradikardia. Antara langkah tersebut ialah :

  • Elakkan daripada sering stress
  • Mengawal berat badan supaya tidak berlebihan
  • Elakkan daripada mengambil sebarang ubat-ubatan terlarang
  • Cegah diri anda daripada tabiat merokok
  • Melakukan senaman secara teratur dan mengamalkan diet seimbang
  • Sering melakukan pemeriksaan jantung
  • Mengawal paras tekanan darah serta kadar kolestrol anda

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/?gws_rd=ssl#q=apa+itu+Bradikardia

http://www.alodokter.com/bradikardia

http://www.sehatfresh.com/bradikardia/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>