Sindrom Menkes

oie_bKw1talZqf9i

Tajuk artikel yang akan dikongsikan pada hari ini adalah mengenai dengan sejenis sindrom yang dikenali sebagai “Sindrom Menkes”. Sindrom ini ditemui pada tahun 1962 oleh pakar pediatrik iaitu John Menkes. Beliau menemui sindrom tersebut apabila menemui gejala yang luar biasa pada lima orang bayi lelaki yang kemudiannya meninggal dunia sebelum berumur tiga tahun.

Di dalam kes ini, kanak-kanak tersebut lahir dengan bentuk fizikal yang sempurna akan tetapi mempunyai berat yang melebihi kebiasaannya.

 

Sindrom menkes sangat jarang sekali terjadi. Namun begitu, kita semua tetaplah harus berwaspada terhadap ancamannya. Sindrom menkes sebenarnya adalah suatu kelainan genetik yang diwarisi oleh seseorang itu. Sindrom menkes seterusnya menyebabkan berlakunya kerosakan di dalam pembuluh darah dan juga mendatangkan kerosakan pada otak seseorang itu.

Kebarangkalian bagi anak lelaki menjadi pembawa kepada penyakit ini sangatlah tinggi sekiranya terdapat adik-beradik ibu yang pernah menghidapi penyakit ini.

 

Penyebab Sindrom Menkes

Zat tembaga diperlukan oleh tubuh badan kita bagi mendapatkan perkembangan yang normal buat tulang, saraf serta lain-lain tisu yang terdapat di dalam tubuh badan kita. Penderita yang mengalami sindrom menkes akan mempunyai gangguan genetik yang akan mencegah penyerapan zat tembaga dari usus dan seterusnya membuatkan zat tembaga terkumpul secara berlebihan di dalam buah pinggang.

Oleh itu, hal tersebut akan menyebabkan berlakunya perubahan di dalam perkembangan rambut, otak, hati dan juga arteri seseorang itu.

 

Gejala-Gejala Sindrom Menkes

Bayi yang lahir dengan sindrom menkes kebiasaanya akan mengalami kelahiran pra-matang. Gejala yang biasanya ditunjukan oleh bayi tersebut adalah sekitar tiga bulan setelah lahir. Antaranya gejalanya adalah seperti :

  • Mengalami masalah kekejangan
  • Mengalami masalah rambut rosak
  • Perubahan pada otot
  • Hypothermia
  • Memiliki pipi yang kemerahan
  • Mengalami reput tulang
  • Bengkak pada pembuluh arteri

 

Langkah Pencegahan Sindrom Menkes

Masih belum terdapat sebarang pencegahan yang dapat dilakukan bagi mencegah sindrom ini. Oleh itu, salah satu langkah yang disarankan oleh pakar perubatan sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi penyakit ini ialah supaya berjumpa dengan doktor terlebih dahulu sekiranya anda merancang untuk mendapatkan anak.

Ini kerana, sindrom menkes dapat diwarisi serta merupakan salah satu penyakit keturunan.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/?gws_rd=ssl#q=sindrom+menkes

http://www.sentiasabikinpanas.com/2016/07/sindrom-menkes-penyakit-luar-biasa-yang.html

http://omedicine.info/id/sindrom-menkesa-bolezn-kurchavyih-volos.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>