Kenali PTSD

oie_8xycdhorgufk

Hai semua, artikel pada hari ini adalah mengenai suatu bentuk gangguan atau serangan panik yang dialami oleh seseorang itu kesan daripada pengalaman trauma yang pernah dialami mereka pada masa lalu. Gangguan tersebut dikenali sebagai PTSD. PTSD adalah singkatan daripada ‘Post Traumatic Stress Disorder’. Antara pengalaman trauma yang boleh dialami oleh seseorang itu adalah seperti :

  • Keadaan yang menyakitkan atau mengejutkan
  • Kejadian yang mengancam nyawa
  • Pengalaman sewaktu dalam peperangan
  • Kejadian ketika kemalangan

 

Kebanyakan kes PTSD ditemui lebih banyak melibatkan wanita berbanding lelaki. Hal ini mungkin disebabkan kerana wanita lebih sensitif terhadap sesuatu perubahan itu berbanding lelaki. Walaupun begitu, gangguan ini sama sekali tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana, PTSD dapat terjadi pada sesiapa sahaja. Macam mana nak tahu sekiranya seseorang itu mengalami PTSD ye, jom tengok gejala-gejalanya.

 

Gejala-Gejala PTSD

Antara gejala-gejala bagi gangguan PTSD adalah seperti :

  • Mengalami kesukaran untuk tidur nyenyak atau menumpukan perhatian
  • Cuba untuk menghindari kehidupan sosial yang dapat mengingatkan kepada trauma
  • Antara gejala fizikal yang dialami seperti tekanan darah tinggi, mengalami ketegangan otot, mual dan diarrhea
  • Sering mengingat kembali kejadian trauma melalui halusinasi, mimpi buruk dan imbasan masa lalu
  • Emosi tidak stabil seperti lebih cepat marah atau tertekan

 

Empat Jenis PTSD

PTSD dapat dikategorikan kepada empat jenis secara umumnya, antaranya seperti :

  1. Cenderung untuk tidak bercakap atau memikirkan kejadian trauma yang dialami
  2. Emosi yang sering berubah-ubah seperti rasa bersalah, malu, mudah terkejut dan takut
  3. Cenderung untuk memiliki perasaan negatif terhadap diri sendiri atau orang lain
  4. Mengalami gangguan ingatan seperti sering teringat atau mimpi kejadian trauma yang dialami

 

Faktor Penyebab PTSD

Penyebab yang membuatkan seseorang itu mengalami PTSD masih lagi belum dapat dikenalpasti. Namun begitu, berikut tcm senaraikan juga beberapa faktor yang dapat mendorong seseorang itu mengalami PTSD. Antaranya :

  • Menghidapi gangguan mental lain
  • Mengalami ketidaknormalan pada anatomi otak
  • Mengalami trauma jangka panjang
  • Mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi PTSD atau gangguan mental lain
  • Memiliki hormon penyebab stress yang tidak normal contohnya kadar adrenalin yang melebihi kadar normal
  • Bekerja dalam bidang yang dapat menyebabkan trauma contoh seperti tentera

 

Tips Menanggani PTSD

PTSD dapat mendatangkan kesan yang serius dalam kehidupan seseorang itu sekiranya tidak ditanggani dengan cara yang betul. Oleh sebab itu, tcm akan kongsikan beberapa tips bagaimana dapat kita tanggani PTSD. Antaranya seperti :

  • Ketahui apa sebenarnya PTSD supaya anda dapat mengambil langkah untuk bertenang sekiranya serangan panik tersebut berlaku
  • Pastikan anda mendapatkan rehat yang mencukupi
  • Banyakkan memakan makanan yang berkhasiat
  • Elakkan daripada minum minuman beralkohol atau mengambil ubat-ubatan terlarang (dadah)
  • Cari waktu lapang untuk anda bersukan atau bersenam

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=apa+itu+ptsd

https://hellosehat.com/penyakit/post-traumatic-stress-disorder-ptsd/

http://www.alodokter.com/ptsd

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>