Rabies Kembali?

oie_OhNn4OzoSnx2

Apa khabar pembaca semua? Sebelum ini tcm pernah kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai penyakit rabies. Bagi mereka yang terlepas untuk baca artikel sebelum ini, bolehlah klik SINI untuk membaca artikel tersebut. Tujuan tcm pada artikel kali ini adalah untuk kongsikan dengan anda semua berkenaan kemunculan semula penyakit ini.

Ini adalah berikutan daripada kes kanak-kanak yang dilaporkan dijangkiti oleh penyakit ini baru-baru ini. Kes ini dikatakan berlaku di negeri Sarawak. Walaupun kita tidak tinggal di sana, kita juga hendaklah peka dan turut mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak dijangkiti penyakit ini.

 

Tiga Kes Pesakit Rabies di Sarawak

1. Kes Pertama

Melibatkan seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 4 tahun dari Kampung Paon, Sungai Rimu, Serian. Kanak-kanak tersebut mula mengalami gejala seperti demam sejak 5 Jun 2017 dan telah mendapatkan rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Balai Ringin, Serian pada hari yang sama. Walau begitu, pesakit menjadi semakin tenat disertai dengan kesukaran untuk bernafas dan mengalami perubahan tingkah laku, menjadi agresif dan mengalami hidrofobia (takut kepada air serta takut untuk minum air).

Keadaan pesakit sekarang tenat dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Umum Sarawak (SGH). Setelah diselidik, pesakit pernah mengalami gigitan anjing kira-kira 2-3 bulan sebelum muncul sebarang gejala.

 

2. Kes Kedua

Kes kedua pula melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 6 tahun dari Kampung Paon, Sungai Rimu, Serian. Pesakit ini sebenarnya merupakan kakak kandung kepada pesakit kes pertama. Pesakit mula mengalami demam pada 12 Jun 2017. Pada 14 Jun 2017, pesakit dibawa ke Klinik Kesihatan Balai Ringin kerana demam yang melarat.

Perubahan tingkah laku yang agresif turut dialami oleh pesakit. Pada 15 Jun 2017, pesakit dibawa ke Hospital Serian dan pada 16 Jun 2017, pesakit dirujuk ke SGH untuk mendapatkan rawatan lanjut. Pesakit sekarang turut berada di dalam keadaan tenat. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak masih menyelidik adakah pesakit juga turut mengalami gigitan anjing.

 

3. Kes Ketiga

Melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 7 tahun dari Kampung Lebur, Gedong. Pesakit yang ketiga mula mengalami gejala demam pada 23 Jun 2017. Kemudian pada keesokkan harinya, 24 Jun 2017, pesakit mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Serian. Keadaan pesakit semakin merosot dan juga turut mengalami tingkahlaku agresif serta hidrofobia.

Pesakit mengalami sawan (fit) pada 28 Jun 2017, dan kemudiaannya terus dibawa ke SGH. Pesakit kini dalam keadaan tenat dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi. Pesakit pernah mengalami gigitan anjing kira-kira sebulan sebelum pesakit mengalami sebarang gejala.

 

Nota : Keadaan kesihatan semasa pesakit bagi ketiga-tiga kes di atas dikemaskini pada 1 Julai 2017 oleh kpkesihatan.com

 

Dari keadaan pesakit, kita semua dapat lihat yang penyakit rabies bukanlah sejenis penyakit yang boleh kita pandang sambil lewa. Ini kerana, penyakit rabies mampu menyebabkan kematian. Penyakit ini dapat berjangkit melalui luka gigitan haiwan yang telah dijangkiti penyakit ini. Setelah dijangkiti penyakit ini, pesakit akan mula menunjukkan gejala seperti :

  • Demam
  • Sakit badan dan kepala
  • Hidrofobia
  • Lumpuh
  • Koma

Tcm harap, kita semua dapat berhati-hati dengan penyakit yang sangat berbahaya ini. Terutamanya mereka yang tinggal di kawasan daerah Serian. Segeralah mendapatkan rawatan sekiranya anda digigit anjing peliharaan yang agresif atau pun anjing liar. Bagi mereka yang memelihara anjing, pastikan anjing anda mendapat suntikan anti-rabies di klinik haiwan yang terdekat.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=info+terkini+berkenaan+penyakit+rabies

https://kpkesihatan.com/2017/07/01/kenyataan-akhbar-kkm-1-julai-2017-kes-rabies-di-negeri-sarawak/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>