Penyakit Gusi

oie_ZPBbdbZuwjg1

Apa khabar semua, tajuk kita hari ini ialah Penyakit Gusi. Penyakit gusi merupakan sejenis penyakit mulut yang paling umum terjadi di dunia. Pada peringkat awalnya, penyakit ini mungkin tidak akan menunjukkan sebarang gejala pun pada kita. Namun setelah beberapa ketika sekiranya tidak dirawat, kita akan mula mengalami gusi mudah berdarah, mengalami gusi bengkak dan lain-lain.

Tcm pasti, ramai dari kita yang pernah mengalami gusi bengkak bukan? Rasanya sangat sakit sekali hingga membuatkan kita merasa berdenyut hingga ke kepala. Jadi bagi tcm, apa kata kita sama-sama tambah pengetahuan kita berkenaan dengan penyakit ini agar kita semua dapat mencegahnya daripada terjadi.

 

Terdapat beberapa tahap yang dikenalpasti bagi penyakit gusi. Tahap awalnya dikenali sebagai “gingivitis iaitu radang gusi. Antara tanda-tandanya ialah seperti terjadinya pendarahan pada gusi ketika seseorang itu sedang menggosok gigi ataupun ketika membersihkan celah-celah gigi. Selain itu, gusi yang mudah berdarah ketika diperiksa juga merupakan salah satu daripada gejalanya.

 

Mengenalpasti penyakit gusi di awal perkembangannya adalah sangat penting sekali. Ini bagi mengelakkan penyakit gusi meningkat ke tahap yang lebih serius yang dikenali sebagai periodontitis. Pada tahap ini, rangka mulut yang menampung gigi seperti tulang dan jaringan gusi akan mula rosak. Sekiranya ini terjadi, penyakit gusi akan mula menunjukkan gejala-gejalanya yang parah seperti :

oie_w7hZKqEL6JiL

  • Gigi mula goyang
  • Mulut berbau
  • Gusi menyusut hingga kelihatan gigi lebih panjang
  • Gusi berdarah
  • Gigi mula merenggang
  • Gusi bengkak

 

Faktor-faktor Pendorong

Terdapat beberapa perkara yang menjadi faktor pendorong kepada seseorang itu mengalami penyakit gusi seperti mengabaikan penjagaan kebersihan mulut, jangkitan virus, menghidapi penyakit diabetes yang tidak terkawal, suka minum minuman yang beralkohol, perubahan hormon yang terjadi kerana kehamilan dan kesan sampingan ubat-ubatan.

 

Langkah-Langkah Pencegahan

  • Membersihkan mulut dengan teratur
  • Pastikan anda sentiasa menggosok gigi sebelum dan selepas tidur
  • Elakkan daripada minum minuman beralkohol
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan
  • Sekiranya mengalami sebarang gejala seperti di atas, segeralah berjumpa dengan doktor

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>