Penyakit Crohn

oie_YNTTVLpCssyf

Apa itu Penyakit Crohn?

Penyakit Crohn adalah sejenis penyakit autoimun yang ditandai dengan peradangan pada bahagian saluran pencernaan manapun dimulai dari mulut sehinggalah anus. Namun secara umumnya, ia berlaku pada bahagian bawah usus halus. Penyakit Crohn terjadi ketika sistem kekebalan tubuh menjadi tidak normal di dalam menyerang bakteria, makanan dan zat-zat lain dengan cara yang tidak betul dan seterusnya menyebabkan pengumpulan sel-sel darah putih pada lapisan usus.

 

Penyakit Crohn Peringkat Awal

Pada awalnya, penyakit crohn akan menyebabkan seakan-akan terjadinya lubang-lubang kecil yang cetek dan merebak pada permukaan dalaman usus. Lubang tersebut dikenali sebagai ulser aphthous. Dari masa ke semasa, lubang itu akan menjadi semakin dalam dan besar hingga akhirnya menjadi luka yang menyebabkan parut dan kekejangan pada usus perut.

Semakin lama usus akan menjadi semakin sempit dan rapat. Luka tersebut dapat menjadikan dinding usus berlubang dan seterusnya menyebabkan bakteria yang terdapat di dalam usus dapat keluar melalui lubang tersebut dan tersebar pada organ-organ yang berhampiran. Hal ini dapat membuatkan organ-organ tersebut dijangkiti oleh bakteria yang telah tersebar.

 

Kesan Usus Menyempit

onlinevn.vn-hinh-avatar-bieu-tuong-vui108

Setelah usus seseorang itu menyempit, makanan-makanan akan terhalang terutamanya makanan-makanan yang kasar seperti buah-buahan dan lain-lain. Hal ini akan mengakibatkan timbulnya gejala-gejala pada pesakit seperti :

  • Kekejangan perut yang kronik
  • Merasa mual-mual
  • Mengalami muntah berkali-kali
  • Sakit perut
  • Merasa lemah dan mempunyai denyutan nadi yang cepat dan lemah.

 

Faktor Penyebab Penyakit Crohn?

yellow-onion-head-emoticon-18

Penyebab kepada berlakunya penyakit ini masih belum dapat dikenal pasti. Namun, ada sesetengah berpendapat yang ianya disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai “strain mycobacterium”. Walaupun begitu, masih belum ada bukti kukuh yang dapat mengesahkan bakteria tersebut adalah punca kepada penyakit ini. Selain itu, terdapat juga beberapa faktor-faktor lain yang berisiko tinggi menyebabkan terjadinya penyakit crohn seperti :

  • Faktor genetik
  • Kecenderungan tubuh badan bertindak balas berlebihan terhadap bakteria normal di dalam usus
  • Faktor persekitaran
  • Kesan daripada menghisap rokok

Kebiasaannya sistem ketahanan tubuh badan hanya diaktifkan apabila terdapat sebarang bakteria atau virus yang berbahaya di dalam tubuh badan. Bagi mereka yang menghidapi penyakit crohn pula, sistem ketahanan tubuh badan mereka akan sentiasa diaktifkan walaupun tidak ada sebarang bakteria atau virus yang berbahaya. Kesan daripada perkara tersebut, ia menyebabkan keradangan terus berlaku pada bahagian usus dan seterusnya membuatkan seseorang itu menghidapi penyakit crohn.

 

Tips Buat Pesakit

yellow-onion-head-emoticon-02

Bagi pesakit yang menderita penyakit crohn, di sini terdapat beberapa tips yang dapat diamalkan bagi mengurangkan kesakitan yang dialami oleh mereka. Antaranya ialah :

  • Elakkan daripada makanan atau minuman yang bersusu sekiranya mengalami masalah pencernaan
  • Makan di dalam jumlah yang kecil tetapi berulang kali
  • Minum banyak air (minum di dalam kuantiti yang sedikit tetapi berulang kali)
  • Elakkan makanan yang berlemak, berminyak dan lain-lain
  • Elakkan makanan yang mempunyai serat yang tinggi seperti kacang, bijian, popcorn dan lain-lain
  • Mengambil makanan tambahan seperti zat besi, vitamin B12, kalsium dan juga vitamin D

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

stickerline-201311131536151

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>