Mandi Malam ??

oie_uzcPrUSSMxKn

“Boleh ke mandi malam?”, pertanyaan tersebut merupakan satu ungkapan yang sering kita dengar. Akan tetapi, terdapat pelbagai jawapan yang berbeza-beza daripada pelbagai pihak yang membuatkan kita keliru. Namun, salah satu jawapan yang kerap kita dengar adalah “Mandi malam dapat menyebabkan masalah paru-paru berair”. Betul ke hal ini semua atau ianya hanya cuma sekadar mitos sahaja?? Menurut kajian yang dilakukan, masalah paru-paru berair adalah disebabkan oleh jangkitan virus dan bakteria yang berasal dari udara.

Penderita biasanya mengalami batuk berkahak, sukar bernafas sehingga badan menggigil. Tambahan pula, tiada bukti yang dapat dikaitkan dengan amalan mandi malam dengan kebanyakan penyakit kronik yang dihidapi manusia. Secara umumnya, kebanyakan penyakit kronik berpunca daripada kegagalan sistem dalam badan yang disebabkan oleh cara pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

yellow-onion-head-emoticon-18

Menurut hasil kajian doktor-doktor perubatan, amalan mandi malam dapat membersihkan badan kita dari kotoran sebelum kita tidur, ia juga selain itu secara tidak langsung dapat membantu menghilangkan tekanan (stress) yang dihadapi seseorang itu, mengembalikan ketahanan fizikal dan mental dan banyak lagi. Disebabkan Malaysia mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab, oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.

Walaupun begitu, banyak doktor yang mencadangkan mandi dengan menggunakan air suam merupakan cara yang betul sekiranya seseorang itu ingin mandi pada waktu malam. Mandi dengan menggunakan air panas dapat membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu. Mandi malam dengan cara yang betul dapat mendatangkan pelbagai kesan yang positif terhadap kesihatan kita. Antaranya ialah..

 

Manfaat Mandi Malam:

gambar-emoticon-lucu-dan-aneh-bergerak-terbaru

  • Dapat tenangkan fikiran serta menghilangkan stress – Apabila kita mandi pada waktu pagi biasanya kita berada di dalam situasi ‘terkejar-kejar’. Sebaliknya, ketika kita mandi di waktu malam, keadaan adalah lebih tenang. Situasi tersebut secara tidak langsung akan membantu menghilangkan emosi negatif di dalam diri kita.
  • Dapat membantu meregangkan dan melegakan otot – Setelah bekerja seharian, pasti otot-otot kita akan terasa tegang. Dengan mandi malam, kita dapat mengendurkan kembali otot-otot  tersebut serta membuatkan tubuh kita terasa lebih ringan. Mandi dengan air suam juga boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus untuk berfungsi dengan lebih baik.
  • Mengatasi masalah gejala insomnia – Mandi malam dapat membuatkan seseorang itu berasa lebih segar dan lebih mudah untuk tidur. Tambahan lagi, badan yang bersih akan menggalakkan rasa mengantuk dan membolehkan kita mendapat tidur yang lena.
  • Turunkan tekanan darah – Mandi malam dengan cara yang betul dan tidak berlebihan dapat menurunkan tekanan darah seseorang itu. Pesakit darah tinggi disyorkan bagi menggunakan teknik ini sebagai salah satu cara bagi menurunkan tekanan darah anda.

 

Kesimpulannya, amalan mandi di malam hari dengan menggunakan air suam dapat memberikan pelbagai kebaikan buat diri kita. Pada pendapat TCM, mandilah setelah balik bekerja atau bersukan walaupun di malam hari. Gunakanlah air suam untuk membersihkan diri anda. Selain mendapat pelbagai manfaat daripadanya, anda juga dapat menjaga kebersihan diri anda. Secara tidak langsung, anda dapat mencegah daripada penyakit kulit seperti eczema dll. :)

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>