TENNIS ELBOW

Apakah yang dimaksudkan dengan “tennis elbow”?

Tennis elbow atau lateral epicondylitis adalah rasa sakit di bahagian luar lengan berhampiran dengan siku. Ia disebabkan oleh  sebahagian serat tendon yang menghubungkan otot ke tulang telah koyak. Kenapa sakit ini dipanggil Tennis Elbow kerana kerap terjadi pada pemain tennis dan pemain kriket. Namun bukan pemain tennis sahaja berisiko untuk sakit ini, semua sukan dan aktiviti  lain juga boleh mengakibatkan tennis elbow ini.

Kecederaan ini boleh berlaku jika melakukan aktiviti secara berlebihan atau melakukan perbuatan yang sama berulang ulang . Tindakan itu akan menyebabkan kerosakan pada tendon extensor di bahagian pelikat nya iaitu pada epicondyle luar tulang lengan. Kajian menunjukkan tennis elbow selalunya disebabkan kerosakan kepada otot yang spesifik  pada lengan. Extensor Carpi Radialis Brevis (ECRB) membantu menstabilkan pergelangan tangan ketika sendi  siku dalam keadaan lurus .

Jika otot Extensor Carpi Radialis Brevis (ECRB) menjadi lemah disebabkan  penggunaan berlebihan , tendon akan koyak dan menyebabkan radang dan sakit pada bahagian itu. Extensor Carpi Radialis Brevis (ECRB) juga mempunyai risiko tinggi untuk rosak kerana kedudukan otot itu yang bergesel dengan bonjolan tulang dan menyebabkan kecederaan pada otot. Julat umur yang popular utk mengalami masalah tennis elbow ini  dalam 30–50 tahun. Simptom-simptom selalunya muncul secara perlahan lahan. Kesakitan pada awalnya sederhana bertukar menjadi lebih teruk dalam beberapa minggu.

Tanda atau gejala tennis elbow adalah seperti sakit atau rasa pedih terbakar pada luar siku dan kekuatan genggaman tangan menjadi lemah. Ia akan terjadi pada tangan yang dominan. Ia dapat dikesan dengan menggunakan tangan untuk memegang sesuatu tetapi menjadi sukar dan lemah untuk menggenggam nya.

Jika tanda tanda itu berlaku, segeralah ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Sewaktu rawatan, doktor akan membuat sedikit kaji selidik untuk mengenalpasti punca kecederaan itu terjadi. Pemeriksaan X Ray mungkin dilakukan dan jika memerlukan pembedahan dilakukan, pemeriksaan Pengimejan Magnetik Resonans (MRI) akan dilakukan untuk mengenalpasti struktur yang rosak.

Secara amnya 80% hingga 95% pengidap  tennis elbow berjaya dipulihkan dengan rawatan sahaja tanpa pembedahan. Pesakit perlu berehat secukup cukup nya. Ini bermakna pesakit tidak boleh lagi membuat aktiviti harian mereka seperti biasa. Jika pesakit seorang atlit, bermakna terpaksa berhenti berehat dalam satu jangkamasa yang panjang. Pesakit juga diberi  ubat penahan sakit seperti NSAIDs untuk mengurangkan sakit dan bengkak.

Setelah pesakit menjalani tempoh rawatan ubat, pesakit perlu menjalani rawatan fisioterapi. Latihan spesifik boleh membantu menguatkan otot lengan. Ahli terapi akan melakukan ultrasound, urutan ais dan teknik rangsangan otot untuk menggalakkan proses penyembuhan.  Ada juga pesakit yang diberi steroids. Ini adalah untuk menghalang keradangan berlaku . Steroids akan disuntik pada tendon yang rosak atau cedera.

Extracorporeal shock wave juga adalah satu therapy dimana boleh merangsang proses penyembuhan semula jadi badan pada tendon yang rosak. Proses ini dilakukan dengan menghantar gelombang bunyi ke bahagian yang sakit dan akan menghasilkan trauma mikro dalam tendon.

Setelah melebihi  tempoh tertentu jika gejala masih tidak ada perubahan atau sembuh, pembedahan akan sedia dilakukan oleh doktor yang merawat.  Kebanyakkan prosuder pembedahan untuk tennis elbow ini adalah dengan membuang tisu rosak dan melekatkan semua otot yang sihat kembali pada tulang terbabit. Teknik pembedahan paling biasa digunakan ialah pembedahan terbuka iaitu melalui hirisan kulit di daerah siku. Pembedahan secara Arthroscopic iaitu pembedahan menggunakan peralatan kecil melalui tebukan kecil pada kulit juga boleh dilakukan mengikut prosedur yang sama.

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

Sihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>