Tips Kecantikan : Dagu berlemak ??

oie_iGanFdmQ6ES0

Memiliki bentuk muka yang cantik dan kacak adalah idaman setiap orang. Sememangnya menjadi lumrah kehidupan, setiap dari kita sentiasa berusaha untuk kelihatan lebih cantik atau kacak dari masa ke semasa. Jadi, disebabkan itu, hari ini TCM akan kongsikan beberapa tips kecantikan yang boleh diamalkan khususnya bagi menghilangkan lemak di bawah dagu.

Lemak berlebihan yang terkumpul di bawah dagu, akan menyebabkan seseorang itu kelihatan kurang menarik. Disebabkan itu, mempunyai bentuk dagu yang runcing serta berbentuk V, mampu membuatkan seseorang itu kelihatan lebih cantik serta menarik. :)  Sebelum kita melangkah ke tips-tips tersebut, mari kita lihat dahulu, apakah sebenarnya yang menyebabkan dagu yang berlemak? :)

 

Antara Sebab-sebabnya

1075399784_c.jpg

  • Kegemukan – Mereka yang mengalami masalah obesiti ataupun berat badan yang berlebihan akan mengalami pertambahan lemak di serata bahagian tubuh mereka. Antara bahagian-bahagian yang akan berlaku pengumpulan lemak tersebut, termasuklah di leher dan juga dagu.
  • Penuaan – Apabila usia seseorang itu semakin meningkat, tisu yang berperanan bagi menyokong keanjalan dan ketegangan kulit akan menurun. Hal ini seterusnya menyebabkan kulit menjadi longgar serta sukar untuk mengekalkan tisu lemak yang sedia ada pada dagu.
  • Otot wajah kendur – Sekiranya otot wajah yang kendur menerima beban lemak yang berlebihan, sudah tentu ia akan menyebabkan otot wajah kelihatan semakin kendur. Terutamanya pada bahagian pipi dan dagu kerana terpaksa menahan beban lemak yang berlebihan.
  • Keturunan – Faktor keturunan adalah berkaitan dengan postur wajah seseorang itu. Hal ini dapat diketahui dengan melihat postur wajah saudara-saudara terdekat anda. Ini kerana, pada sesetengah orang, meskipun seseorang itu mempunyai berat badan yang ideal, akan tetapi sekiranya postur wajahnya mendorong untuk timbulnya lemak di sekitar bawah dagu, maka lemak tersebut akan ada, meskipun tubuh tidak terlalu gemuk.

 

Antara Tips-tips Semulajadi :

gambar-emoticon-lucu-dan-aneh-bergerak-terbaru

  • Coklat
    • Sapukan dagu dan leher anda dengan menggunakan ‘masker’ yang diperbuat daripada coklat (Dark Chocolate). Cara ini sangat berkesan kerana dapat meningkatkan aliran darah serta membantu melarutkan lemak yang terdapat pada dagu dan leher anda. Selain itu, kulit anda juga akan semakin anjal dan bebas daripada kendur.
  • Putih Telur
    • Sediakan ‘masker’ yang diperbuat daripada telur, jus lemon dan satu sudu minyak pudina. Seterusnya, sapukan ‘masker’ tersebut pada dagu dan leher anda. ‘Masker’ ini dapat menegangkan kulit di bawah dagu anda.
  • Banyakkan Bercakap dan Ketawa
    • Tips ini boleh dikatakan tips yang sangat mudah, pantas serta percuma untuk diamalkan. Dengan banyak bercakap dan ketawa, anda dapat melatih otot wajah anda, terutamanya pada bahagian dagu. Selain dapat menegangkan kulit wajah, cara ini juga sangat berkesan di dalam mengurangkan lemak di dagu.
  • Teh Hijau
    • Pengambilan teh hijau secara rutin dapat meningkatkan kadar metabolisma seseorang itu. Dengan kadar metabolisma yang lebih tinggi, lemak di dalam tubuh badan akan mengalami pembakaran yang lebih dari biasa. Di samping itu, teh hijau juga bermanfaat untuk membuang racun yang berada di dalam tubuh badan kerana kaya akan antioksidan.
  • Gula-gula Getah
    • Mengunyah gula-gula getah secara rutin bermanfaat untuk menjaga otot-otot wajah dan leher agar kekal tegang serta menghilangkan lemak di bawah dagu. Akan tetapi, agar tidak memudaratkan kesihatan, anda bolehlah memilih gula-gula getah yang bebas gula agar lebih sihat.

 

Antara Senaman-senaman Dagu :

anigif_enhanced-buzz-25963-1371499608-0

 

  • Berdiri dengan tegak dan melihat kehadapan. Seterusnya jelirkan lidah sepanjang yang boleh. Ulang sebanyak 10 kali.
  • Dengan menggunakan otot muka serta leher, cuba untuk mengangkat bahagian bawah bibir melepasi bahagian bibir atas sejauh yang boleh. Ulang sebanyak 10 kali.
  • Duduk atau berdiri tegak, seterusnya arahkan pandangan ke langit-langit dengan mulut tertutup dan lakukan gerakan mengunyah. Teruskan senaman ini selama 30 saat dan rehat selama 10 saat. Ulang sebanyak 2 kali.
  • Duduk atau berdiri dengan tegak. Dengan bibir menutup gigi, buka mulut selebar mungkin. Seterusnya arahkan kepala kebelakang dan tahan selama 30 saat dan rehat selama 10 saat. Ulang sebanyak 2 kali

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>