Tips Kehidupan : 8 Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir
Selamat petang semua, artikel kali ini tcm nak kongsikan dengan pembaca semua berkenaan dengan tips-tips yang dapat diamalkan bagi menjaga bayi baru lahir. Tips ini penting sekali untuk kita semua, terutama sekali bagi pasangan yang bakal menimang cahaya mata. Ini kerana, cara penjagaan bayi baru lahir adalah berbeza dengan cara menjaga anak kecil yang semakin membesar.
Bayi yang baru lahir memerlukan penjagaan yang lebih rapi kerana ini merupakan pertama kali mereka berada di dunia setelah lebih kurang 9 bulan berada di dalam rahim ibu mereka. Oleh itu, proses penjagaan mereka bukan mudah dan banyak hal yang perlu kita tahu. Bagi ibu yang pertama kali melahirkan anak, tugasan menjaga bayi sememangnya sesuatu yang sangat mencabar.
8 Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir
1. Susu Ibu
Sendawakan bayi setiap kali selepas mereka menyusu. Ini bagi mengelakkan mereka dari mengalami kembung perut. Pakar sarankan supaya ibu menyusukan bayi secara penuh selama 6 bulan. Ini bermaksud anda perlu elakkan sebarang minuman lain dan biarkan mereka mendapat kebaikan susu ibu yang sempurna untuk 6 bulan pertama.
2. Lapkan Sehingga Kering
Setelah memandikan bayi, pastikan anda lap bayi dengan tuala tebal sehingga kering supaya bayi tidak kesejukan. Gunakan alcohol swab yang diberikan doktor untuk disapukan pada tali pusat bayi supaya jangkitan kuman dapat dielakkan.
3. Suasana Tidur
Elakkan dari membiasakan bayi anda tidur dalam keadaan sunyi kerana apabila tempat bising, mereka mudah terjaga. Oleh itu, biasakan mereka tidur bukan dalam suasana yang terlalu sunyi.
4. Pakaian
Pakaikan barut dengan kemas pada bayi anda. Elakkan daripada terlalu ketat kerana akan menyebabkan kesukaran untuk bayi bergerak.Pakaikan juga mereka dengan pakaian yang lembut, tidak panas serta sesuai dan selesa. Bagi yang menggunakan lampin pakai buang, pastikan anda selalu peka bagi mengelakkan bayi memakai lampin basah terlalu lama.
5. Senaman Ringan
Lakukan senaman seperti berbasikal bagi mengatasi masalah perut anak anda kembung. Lakukan dengan perlahan-lahan, AWAS jangan terlalu ganas ye.
6. Gunakan Minyak Bayi
Sapukan minyak bayi pada perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda untuk memberi keselesaan kepada mereka. Minyak bayi juga baik untuk hilangkan kembung perut yang terjadi akibat daripada angin yang terkumpul.
7. Mandikan Dengan Air Suam
Sebelum mandikan bayi anda, pastikan anda telah sediakan baju, stokin, barut, minyak bayi dan lain-lain. Ini supaya anda tidak kelam kabut mencari pakaian bayi setelah memandikan mereka.
8. Minyak Kelapa Atau Minyak Badam
Guna sedikit minyak kelapa atau minyak badam ketika membersihkan punggung bayi. Minyak ini akan memberikan kelembapan dan memudahkan juga proses pembersihan.
Berikut di atas merupakan 8 tips yang baik untuk diamalkan. Selain daripada tips-tips di atas, terdapat banyak lagi tips-tips atau petua yang dapat anda amalkan di dalam penjagaan bayi anda. Bayi yang baru dilahirkan sememangnya agak cerewet untuk dijaga. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk menjaga mereka dengan cara yang betul dan sepenuh kasih sayang.
Walaupun proses penjagaan anak ini agak memenatkan, akan tetapi ianya sangat berbaloi kerana kita dapat melihat proses pembesaran anak kita yang disayangi di depan mata.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=petua++menjaga+bayi+baru+lahir
https://milosinar.my/viral/trending/16-panduan-untuk-menjaga-bayi-baru-lahir
http://zuriat.my/cara-menjaga-bayi-baru-lahir/