Hemofilia

oie_yXg2Tjq8i8tv

Hai semua..apa khabar? :) Hari ini tcm akan berkongsi dengan anda berkenaan dengan sejenis penyakit yang mungkin kebanyakan daripada kita tidak sedar mereka sebenarnya mungkin tergolong di dalam kalangan mereka yang menghidapi penyakit ini. Adakah anda pernah dengar akan sejenis penyakit yang dikenali sebagai hemofilia?

Apa itu Hemofilia?

Sebelum kita menjawab soalan tersebut, mungkin anda ingin bertanyakan beberapa soalan ini dahulu kepada diri anda. Adakah anda pernah mengalami kejadian-kejadian seperti mengalami luka yang kecil sahaja akan tetapi anda berdarah dengan banyak sekali? Contohnya, pernahkah anda cedera dan mengalami luka akibat terkena tulang ikan sewaktu menyiang ikan di dapur?

Walaupun lukanya hanya kecil sahaja tetapi anda boleh mengalami pendarahan selama hingga satu jam! Awas!! anda mungkin menghidap hemofilia. Ok, apa itu hemofilia? Hemofilia adalah sejenis penyakit genetik yang mana ianya diwarisi melalui keturunan. Anda tidak perlu risau sekiranya anda tinggal bersama mereka yang menghidapi hemofilia kerana ia tidak berjangkit.

 

Info Lanjut Hemofilia

miss-bone-121

Penyakit hemofilia adalah sejenis gangguan pendarahan sepanjang hayat yang mencegah darah seseorang itu daripada membeku dengan betul. Secara umumnya, pesakit hemofilia tidak mempunyai faktor pembeku yang mencukupi. Iaitu sejenis protein yang berada di dalam darah serta mengawal pendarahan.

Proses pembekuan darah pada penderita hemofilia tidak secepat dan sebanyak orang lain yang normal. Disebabkan itu, walaupun mereka hanya mengalami luka kecil tetapi pendarahan yang dialami mereka adalah lebih banyak daripada biasa.

 

Dua Jenis Hemofilia :

  1. Hemofilia A – Disebabkan oleh kekurangan faktor pembekuan iaitu faktor VIII
  2. Hemofilia B – Disebabkan oleh kekurangan faktor IX

 

Gejala-Gejala Hemofilia

1075399784_c.jpg

  • Terjadi pendarahan di dalam sendi dan lutut dengan tiba-tiba terutamanya sendi lutut, siku serta buku lali
  • Mengalami lebam yang sangat besar
  • Pendarahan yang berlaku secara tiba-tiba dan tanpa sebab-sebab yang tertentu
  • Berlaku pendarahan yang berpanjangan selepas kemalangan terutamanya apabila berlaku pendarahan di dalam otak (intracranial bleed)
  • Pendarahan yang berlaku secara berpanjangan selepas terluka, cabut gigi atau selepas melakukan pembedahan

Pendarahan yang terjadi di dalam otot ataupun sendi akan menyebabkan pesakit merasa sakit atau kurang selesa. Mereka juga akan merasa bengkak, sakit dan tegang serta pergerakan mereka akan terbatas. Bagi pendarahan yang berulang kali terjadi pada sendi yang sama pula akan menyebabkan sendi itu rosak serta sakit. Selain tu, ia juga dapat menyebabkan terjadinya radang sendi (arthritis) dll.

 

Langkah Mencegah Pendarahan

gambar-emoticon-lucu-dan-aneh-bergerak-terbaru

Bagi mereka yang berisiko menghidapi penyakit ini, segeralah berjumpa dengan doktor bagi melakukan ujian perubatan untuk menentukan tahap kesihatan anda. Ini supaya anda dapat lebih berwaspada di dalam melakukan aktiviti seharian agar tidak mengalami kecederaan yang teruk sehingga dapat membahayakan nyawa anda. Antara tips yang boleh diamalkan penderita hemofilia adalah :

  • Elakkan daripada terlibat di dalam aktiviti atau sukan yang lasak seperti bola sepak, rugbi, tinju dan lain-lain.
  • Dapatkan rawatan faktor terlebih dahulu sebelum mencabut gigi atau melakukan sebarang pembedahan.
  • Elakkan sebarang suntikan ke dalam otot (intramuscular) semasa vaksinasi
  • Sekiranya mengalami sebarang pendarahan, segera dapatkan rawatan
  • Pastikan pihak sekolah atau institusi tahu akan masalah hemofilia yang dialami oleh anak agar diberi pengawasan yang rapi
  • Jaga kanak-kanak yang masih kecil ketika mereka bermain agar tidak terjatuh atau mengalami kecederaan semasa bermain

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

line-lucu-SMS-Lucu-Pakai-Stiker-LINE-Dari-XL

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>