Tips Kesihatan : 5 Tanda Penyakit Jantung

oie_Gn8c3XbKVHg9

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda mengenai penyakit jantung. Boleh dikatakan, hampir setiap orang mengetahui apa itu penyakit jantung. Dan tcm pasti, ramai juga yang mengetahui bahawa penyakit jantung mampu menyebabkan kematian. Mengikut kajian yang telah dijalankan, setiap individu berpotensi mendapat serangan penyakit jantung.

Penyakit jantung dapat terjadi pada bayi, kanak-kanak ataupun orang dewasa. Penyakit jantung juga boleh dikategorikan sebagai penyakit pembunuh no 1 di dunia apabila rekod kematian yang disebabkan oleh penyakit jantung mencecah sehingga 7,25 juta orang di seluruh dunia pada tahun 2008. Kajian juga menunjukkan kira-kira 1 dari 6 kematian di Malaysia disebabkan oleh penyakit jantung.

 

Untuk membaca lebih lanjut mengenai penyakit jantung, anda bolehlah mengunjungi link di bawah :

http://sihat-bersama-tcm.herbal-treatment-advisory.com/penyakit-jantung/

 

Untuk artikel kali ini, tcm akan membincangkan mengenai tanda-tanda penting yang kebiasaannya dialami oleh seseorang yang berpotensi tinggi menghidap penyakit jantung. Penting untuk kita tahu mengenai tanda-tanda tersebut agar penyakit jantung yang dialami kita dapat segera dirawat dan dipantau. Selain itu, dengan mengenali tanda-tanda tersebut, kita juga akan lebih peka terhadap kesihatan kita.

 

5 Tanda Penyakit Jantung

Berikut disenaraikan beberapa tanda yang perlu anda ketahui :

1. Sakit Pada Bahagian Dada

Simptom sakit dada merupakan simptom yang paling kerap sekali terjadi pada pesakit jantung. Pesakit kebiasaannya akan merasa sakit pada bahagian tengah atau disebelah kiri dada. Selain itu, sakit dada tersebut juga akan turut mempengaruhi beberapa bahagian lainnya seperti leher, bahu kiri dan juga lengan kiri. Sekiranya sakit tersebut tidak serius ia hanya akan mengambil masa selama 5-10 minit. Akan tetapi, bagi kes serius, sakit tersebut dapat berlanjutan sehingga melebihi 20 minit.

 

2. Mudah Berpeluh

Pesakit jantung juga akan mengalami masalah seperti terlalu sering atau mudah berpeluh. Ia kebiasaannya dapat terjadi di waktu malam sehinggakan seseorang itu terpaksa menukar pakaian mereka beberapa kali.

 

3. Pembengkakan Pada Kaki

Individu yang mengalami kegagalan jantung mereka daripada berfungsi seperti normal akan dapat mengalami pembengkakan pada kaki mereka sehingga terasa berat. Sekiranya anda cuba untuk menekan pada buku lali kaki yang bengkak tersebut, bentuk jari anda akan terhasil akibat daripada tekanan tersebut.

 

4. Sering Berdebar-Debar

Untuk tanda yang keempat ini, ia tidaklah terjadi kepada semua pesakit jantung. Terdapat pesakit jantung yang mengalami simptom ini dan ada juga yang tidak. Pesakit mungkin akan mengadu sakit ketika berjalan dan juga boleh pengsan disebabkan oksigen yang tidak sampai ke otak.

 

5. Sesak Nafas

Mengalami sesak nafas ketika melakukan sebarang aktiviti juga merupakan tanda kepada penyakit jantung. Lebih berbahaya sekiranya seseorang itu tetap merasa sesak nafas apabila mereka hanya melakukan aktiviti ringan sahaja. Pesakit jantung juga mampu untuk terjaga diwaktu malam aoabila mereka mengalami sesak nafas ketika tidur.

 

Individu Yang Berisiko Tinggi

Berikut tcm nak kongsikan pula mengenai beberapa faktor pendorong yang mampu membuatkan seseorang itu berpotensi tinggi di dalam menghidapi penyakit jantung. Mereka yang mempunyai salah satu atau lebih faktor yang dinyatakan di bawah hendaklah lebih peka terhadap kesihatan diri mereka. Terutamanya terhadap 5 tanda penting yang dinyatakan diatas.

  • Menghidap kencing manis (diabetes)
  • Paras kolestrol dan lemak yang tinggi
  • Mengalami tekanan darah tinggi
  • Tekanan perasaan yang tidak terkawal (stress)
  • Berat badan yang berlebihan (obesiti)
  • Mempunyai keturunan yang menghidapi penyakit jantung
  • Diet dan pemakanan yang tidak seimbang

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://hariansehat.com/gejala-awal-penyakit-jantung/

https://www.google.com/#q=penyakit+jantung

https://www.linkedin.com/pulse/5-tanda-penyakit-jantung-herba-malays

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>