Penyakit OCD

oie_yFsEYSzA0auy

Salam jumaat semua, sedar tak sedar, dah dekat sebulan kita berpuasa. Jadi, tcm nak ambil kesempatan ini bagi mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua pembaca yang beragama islam. Walaupun hari raya disambut dengan penuh kegembiraan, pastikan juga anda tidak lupa di dalam menjaga kesihatan yea.

Artikel yang akan dikongsikan hari ini ialah berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai “Penyakit OCD”. OCD adalah singkatan daripada “Obsessive Compulsive Disorder” yang mana penyakit ini merupakan suatu gangguan psikologi yang ditandai dengan tingkah laku yang berulang.

 

Info Lanjut OCD

Tingkah laku yang berulang oleh penderita OCD adalah disebabkan oleh ketakutan atau pemikiran mereka yang tidak masuk akal (obses). Seseorang yang menderita OCD mungkin tidak sedar mereka mengalaminya. Penderita OCD sering merasa perlu untuk melakukan sesuatu perkara supaya dapat meredakan tekanan yang dialami mereka.

Walaupun setelah melakukan sesuatu perkara tersebut, tekanan yang dirasakan mereka tidak akan berkurang malah menjadi semakin bertambah tertekan sehingga membuatkan mereka mengulangi perbuatan yang sama berulang-ulang kali.

 

Gejala-Gejala OCD

  • Takut membuat kesalahan
  • Mempunyai keraguan berlebihan dan keperluan untuk selalu dipercayai
  • Takut mencederakan orang lain
  • Takut kotor atau terdedah kepada kuman
  • Memerlukan ketepatan dan keseimbangan
  • Takut malu atau tingkah laku sosial yang tidak boleh diterima

 

Contoh Keadaaan OCD

oie_K8N330lPOvea

Bagi kita lebih memahami penyakit ini, tcm nak kongsikan satu contoh mengenai keadaan yang dialami oleh pesakit OCD. Contoh keadaan pesakit OCD adalah seperti seseorang itu merasa perlu untuk dirinya memeriksa kesemua pintu dan tingkap bagi memastikan telah ditutup lebih daripada tiga kali sebelum merasa selamat untuk pergi meninggalkan rumahnya.

 

Penyebab Penyakit OCD

Penyebab bagi keadaan ini masih lagi belum dapat dikenalpasti. Akan tetapi, terdapat beberapa teori mengenai penyebab kepada gangguan OCD. Pertama adalah disebabkan oleh faktor biologi seperti perubahan yang berlaku pada tubuh badan atau faktor keturunan. Teori yang kedua pula ialah OCD juga mampu disebabkan oleh faktor tekanan daripada persekitaran.

 

Kesan Buruk OCD

Seseorang yang menderita OCD kebiasaannya memiliki gangguan yang disebabkan oleh gangguan-gangguan lain yang dialami mereka. Antaranya seperti gangguan makan, keinginan bunuh diri, sering tertekan dan penyalahgunaan alkohol. Penderita OCD juga berpotensi mengalami kualiti hidup yang buruk kerana kesukaran untuk bergaul atau terlibat di dalam aktiviti-aktiviti sosial lainnya.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.docdoc.com/id/id/info/condition/obsessive-compulsive-disorder

http://www.alodokter.com/ocd

http://dokita.co/blog/obsessive-compulsive-disorder-ocd/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>