Tips Kesihatan : 7 Kebaikan Halia

oie_hccfzvxj5liy

Salam selasa semua, artikel yang akan tcm kongsikan pada hari ini adalah berkenaan dengan kebaikan yang dapat kita perolehi daripada halia. Banyak ke kebaikan halia ni? Nak tahu, jom teruskan bacaan anda. Seperti yang kita semua ketahui, halia merupakan salah satu bahan yang sering digunakan di dalam masakan. Terutamanya masakan melayu.

Bagi yang tidak tahu, halia sebenarnya mempunyai banyak lagi kelebihan lain selain daripada salah satu bahan yang sering digunakan dalam masakan.

 

4 Kebaikan Halia – Untuk Kesihatan

1. Mencegah Demam dan Selsema

Menurut kajian yang dijalankan, halia telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu lagi sebagai rawatan semulajadi bagi mengubati demam dan selsema. Kajian yang dijalankan di University of Maryland Medical Center mendapati, deman dan selsema di kalangan orang dewasa dapat dirawat dengam merendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang ke dalam air panas. Air rendaman tersebut dapat diminum dua hingga tiga kali sehari.

2. Memulihkan Mabuk Perjalanan

Selain itu, halia juga merupakan penawar yang berkesan di dalam mengubati rasa loya yang disebabkan oleh mabuk. Hasil kajian tentera laut pula menunjukkan serbuk halia dapat digunakan bagi mengubati masalah mabuk laut.

3. Mampu untuk Mencegah barah Usus

Kajian daripada University of Minnesota mendapati halia mampu melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal atau usus.

4. Mengawal Peredaran Darah

Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang dapat membantu untuk memperbaiki aliran darah. Disamping itu, ia juga dapat membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh yang berlebihan.

 

3 Kebaikan Halia – Untuk Kecantikan

1. Dapat Melansingkan Tubuh Badan

Terkejut? Yup, halia mampu membantu tubuh badan kita untuk memecahkan lemak dan menurunkan berat badan secara semulajadi. Mesti anda tertanya tanya kan bagaimana caranya? Caranya seperti hiris halia halus-halus dan kemudian, campurkan hirisan halia tersebut ke dalam air panas. Amalkan minuman ini setiap pagi ketika perut kosong, ia pasti dapat membantu proses pencernaan anda.

2. Mampu Merahkan Bibir Anda

Yang tak sabar nak amalkan tips ini, sini tcm kongsikan caranya. Kupas halia muda dan seterusnya tumbuk hingga separuh hancur. Setelah itu, letakkan halia tersebut di bahagian bibir. Elakkan daripada menggosok bibir anda dengan halia tersebut terlalu kuat. Ini bagi mengelakkan sebarang kecederaan. Amalkan petua ini sekali sehari. Cara ini akan membantu membuang sel kulit mati dan seterusnya menjadikannya kemerahan secara semulajadi.

3. Boleh Membersihkan Kulit

Tahu tak, halia juga dapat digunakan sebagai skrub untuk tubuh badan. Ia dapat membantu membersihkan kulit dan membuang angin. Caranya seperti tumbuk halia dan campurkan dengan tepung beras yang dikisar kering. Setelah itu, satukan bahan ini dan bancuh hingga pekat. Setelah siap, ia dapat digunakan sebagai skrub.

 

Wah, banyak juga kan rupanya kebaikan halia ni. Lepas ni, boleh la kita semua amalkan.:) Selain daripada kebaikan-kebaikan yang tcm senaraikan di atas, terdapat banyak lagi kebaikan lain yang dapat kita perolehi daripada halia. Akan tetapi, amat penting sekali untuk anda semua tahu, adalah sebaiknya anda dapatkan saranan daripada doktor terlebih dahulu sebelum mencuba sebarang tips.

Ini supaya, anda dapat mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Contohnya seperti kecederaan ketika mengamalkan skrub halia bagi mereka yang mempunyai alahan.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=kebaikan+halia

http://tipsihatselalu.blogspot.my/2013/04/10-kelebihan-halia-yang-mungkin-kita.html

http://lovingcarehealthylife.blogspot.my/2015/10/7-kelebihan-khasiat-halia-untuk.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>