Penyakit Marasmus

oie_GF3tUsYPsZee

Protein adalah zat yang sangat penting untuk tubuh badan kita. Protein tidaklah boleh disamakan dengan lemak dan juga karbohidrat. Ini kerana, protein merupakan macromolekul organik kompleks yang diantaranya terkandung hidrogen, oksigen, nitrogen, karbon, fosfor dan sulfur. Zat protein tidak boleh dihasilkan oleh manusia dengan sendirinya.

Akan tetapi, zat protein dapat kita perolehi dengan memakan makanan-makanan yang mengandungi zat tersebut. Protein berfungsi sebagai zat pembangun di dalam tubuh badan kita. Ia juga berfungsi sebagai pembantu kepada pelbagai aktiviti organ tubuh dan metabolisme.

 

Tajuk yang akan dikongsikan pada hari ini ialah berkenaan dengan “Penyakit Marasmus”. Marasmus adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan protein. Perkataan “Marasmus” berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud kurus kering. Penderita yang mengalami penyakit marasmus akan mengalami kekurangan kalori secara berlebihan.

Hal tersebut menjadi semakin buruk apabila makanan yang tersimpan di dalam tubuh mereka terpaksa digunakan untuk memenuhi keperluan tubuh badan. Bayi yang mempunyai risiko yang tinggi untuk terdedah kepada penyakit ini adalah mereka yang berada pada kawasan yang tidak mempunyai makanan yang mencukupi serta kebersihannya yang tidak terjaga.

 

Gejala-Gejala Marasmus

oie_1c4O9qPB8N7u

  • Muka kelihatan lebih tua daripada umur sebenar
  • Mempunyai fizikal yang kelihatan terlalu kurus
  • Mempunyai tekanan darah yang lebih rendah berbanding mereka yang sebaya
  • Perut membuncit atau cekung dengan gambaran usus yang jelas
  • Mempunyai kadar gula yang rendah di dalam tubuh badan
  • Mempunyai rambut yang kusam, kering, nipis serta mudah tercabut

 

Penyebab Kepada Marasmus

Penyebab utama kepada terjadinya penyakit marasmus adalah disebabkan oleh kekurangan kalori protein yang mungkin berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat ataupun kelainan metabolik. Selain itu, marasmus juga dapat terjadi disebabkan oleh kepadatan penduduk dikawasan yang kita diami sehingga faktor kebersihan persekitaran tidak terjaga.

Faktor jangkitan serta penyakit juga mampu mendorong seseorang itu untuk menghidapi marasmus.

 

Langkah Pencegahan Marasmus

Berikut disenaraikan beberapa langkah pencegahan yang boleh kita amalkan. Antaranya ialah :

  • Menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan pemakanan serta hubungannya dengan kesihatan
  • Mengamalkan pemakanan seimbang antara kandungan protein, lemak, vitamin dan mineral
  • Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan dari masa ke semasa
  • Dapatkan nasihat daripada doktor sekiranya mendapati anda atau anak anda mengalami masalah kekurangan zat makanan

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://mutiaazura.blogspot.my/2013/01/marasmus-kwashiorkor-dan-marasmus.html

http://ayokesehatan.blogspot.my/2014/01/pengertian-protein-fungsi-protein-dan-sumber-protein.html

http://blogshyfa.blogspot.my/2014/11/makalah-marasmus.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>