Tips Kesihatan : 8 Makanan Kuatkan Gigi

oie_53zwlW1XOpjf

Kita sering mencari cara bagaimana untuk dapatkan gigi yang putih. Tapi adakah anda pasti yang gigi anda sihat dan kuat? Memiliki gigi yang putih tidak semestinya gigi tersebut sihat. Selain mementingkan kecantikan semata-mata, kita juga harus mementingkan kesihatan gigi kita. Artikel kali ini, tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai makanan-makanan yang dapat kuatkan gigi anda.

Wah, dengan makan pun dapat kuatkan gigi? Yup, kalau anda tak percaya, jom tcm nak kongsikan dengan anda semua pada artikel kita kali ini.

 

8 Makanan Kuatkan Gigi

1. Telur

Telur merupakan antara makanan yang sering sekali digunakan sebagai penambah rasa di dalam hidangan. Contohnya seperti sayur goreng dan nasi goreng. Dengan memakan telur, anda dapat memperolehi zat seperti vitamin D. Penting juga untuk kita tahu, kita harus makan telur secara seimbang. Iaitu makan putih dan juga kuning telur. Anda sangat tidak disarankan untuk memakan salah satunya sahaja.

 

2. Sayur-Sayuran Hijau

Bayam dan sayuran hijau yang lain sarat dengan serat yang sangat baik untuk gigi anda. Ini kerana gigi perlu mengunyah untuk menghancurkan makanan dan menghasilkan air liur yang membersih dan membilas gigi anda disamping meneutralkan asid.

 

3. Lobak Merah

Lobak merah sangat baik untuk kesihatan gigi anda. Selain gigi, lobak juga baik untuk mata anda. Lobak ternyata mengandungi beta karoten alfa kriptosantin yang sangat baik untuk kesihatan tulang gigi. Lobak dapat dimakan dalam keadaan mentah. Akan tetapi pastikan anda telah mencucinya dengan bersih terlebih dahulu ye. Selain dimakan begitu sahaja, lobak juga dapat dimasukkan ke dalam masakan anda bagi menjadikannya lebih sedap dan menarik.

 

4. Teh Hijau

Menurut kajian, teh hijau dapat dikategorikan sebagai salah satu minuman penyembuh. Ini disebabkan oleh banyak kebaikan yang dapat diperolehi daripada teh hijau. Antaranya seperti antioksidan yang dapat menentang penyakit, bakteria dan disamping itu turut melindungi gigi dengan mencegah plak dari melekat pada gigi.

Selain itu, teh hijau turut mengandungi fluorida yang dapat mencegah kerosakan gigi dan menguatkan enamel.

 

5. Sardin

Wah, makanan sedap ni pun dapat menguatkan gigi? Betul tu, selain cara penyediaan makanan ini yang sangat mudah disediakan, ia juga sangat sedap. Sardin mengandungi beberapa kandungan seperti kalsium dan juga vitamin D yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita.

 

6. Keju

Makanan tenusu termasuk keju kaya dengan kalsium yang dapat menguatkan gigi dan tulang. Ia juga mengandungi protein yang dapat membaiki dan menstabilkan enamel. Walaupun begitu, tidak semua produk keju kaya dengan kalsium. Jadi pastikan anda semak label kandungan produk tersebut terlebih dahulu bagi mengetahui berapa peratus daripada kalsium harian yang disyorkan yang dibekalkannya pada setiap hidangan.

 

7. Epal

Epal memiliki beberapa manfaat yang dapat membantu meransang gusi anda sehingga akan meningkatkan air liur yang ada di dalam mulut anda. Selain itu, epal turut mencegah rongga mulut anda daripada pengumpulan sesuatu yang kotor dan membersihkan permukaan gigi anda. Kulit epal mempunyai fungsinya yang tersendiri, iaitu mampu mencegah kerosakan gigi.

Dengan makan epal beserta dengan kulitnya, gigi anda dapat menjadi lebih putih dan juga sihat.

 

8. Ikan Salmon

Ikan yang berlemak ini mengandungi zat yang sangat baik iaitu omega-3 dan juga sumber vitamin D yang tidak diketahui ramai. Ia akan membantu tubuh badan menyerap kalsium agar mineral tersebut dapat berfungsi di dalam melindungi dan menguatkan gigi.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://halogigi.com/makanan-yang-menguatkan-gigi

https://www.listerine.com.my/ms/5-makanan-untuk-gigi-lebih-kuat-dan-kukuh

https://www.google.com/search?q=makanan+kuatkan+gigi

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>