Penyakit Abses Otak

oie_VP6CekeONAOp

Salam rabu semua, artikel yang tcm ingin kongsikan bersama anda semua pada hari ini adalah berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai abses otak. Abses otak juga turut dikenali dengan nama brain abscess atau cerebral abscess. Abses otak adalah suatu keadaan di mana pesakit mengalami jangkitan bakteria hingga menyebabkan pengumpulan nanah di dalam otak serta pembengkakan pada organ tersebut.

Dengar macam bahaya kan? Ya, sememangnya penyakit ini sangat berbahaya, apatah lagi ia berlaku pada salah satu organ yang sangat penting bagi seorang manusia. Otak adalah sebahagian daripada sistem saraf pusat tubuh badan. Otak berfungsi sebagai sumber pusat komputer, menerima, mengambil gambar dan menyimpan data dari luar dan memberi feedback data.

Oleh itu, penting sekali bagi kita menjaga kesihatan otak.

 

Gejala-Gejala Abses Otak

Gejala abses otak biasanya dapat dirasai pesakit setelah beberapa minggu mengalami jangkitan. Namun terdapat juga dimana pesakit terus mengalami gejala-gejala penyakit ini setelah mengalami jangkitan. Antara gejala-gejalanya adalah seperti :-

  • Sakit kepala yang berat
  • Mual serta muntah-muntah
  • Demam pada suhu tinggi (38°C)
  • Menggigil
  • Perubahan tingkah laku serta merasa gelisah
  • Leher terasa kaku
  • Mengalami kekejangan
  • Kemampuan berkurangan bagi merasakan sensasi, menggerakkan otot atau bercakap
  • Gangguan penglihatan seperti berganda atau kabur
  • Sensitif terhadap cahaya

Berikut merupakan beberapa gejala yang dapat dialami oleh bayi yang menghidapi abses otak. Antaranya adalah seperti :-

  • Muntah
  • Menangis dengan nada tinggi
  • Otot tubuh badan kelihatan kaku

 

Penyebab Abses Otak

Abses otak disebabkan oleh jangkitan bakteria yang masuk ke dalam tisu otak disebabkan oleh sistem ketahanan tubuh badan tidak mampu menghalangnya. Pada keadaan tertentu, bakteria tersebut juga mampu masuk ke dalam pembuluh darah dan menyerang otak. Abses otak turut dapat berlaku kerana kesan daripada penyakit lain seperti sinusitis, penyakit telinga tengah, penyakit gigi atau kesan sampingan daripada pembedahan membuang tumor daripada otak.

 

Faktor Pendorong Abses Otak

  • Sistem imun tubuh badan yang lemah atau rosak akibat penyakit HIV, AIDS dan lain-lain
  • Menghidapi kanser, diabetes atau penyakit kronik lain
  • Menghidapi meningitis (radang selaput otak)
  • Mengambil ubat atau menjalani rawatan yang mengganggu sistem imun seperti kemoterapi
  • Menghidapi penyakit jantung bawaan (PJB) seperti tetralogy of fallot (Tof)
  • Mengalami jangkitan pada telinga bahagian tengah (otitis media)

 

Langkah Pencegahan Abses Otak

Oleh kerana penyakit abses otak dapat disebabkan oleh beberapa penyakit lain yang tertentu. Dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin dan mencegah penyakit lain tersebut, anda secara tidak langsung juga akan dapat mencegah penyakit abses otak. Bagi mereka yang mengalami kelainan jantung, doktor kebiasaannya akan memberi beberapa jenis antibiotik sebelum melakukan rawatan gigi.

Ini bertujuan bagi mencegah risiko jangkitan tersebar pada bahagian otak. Oleh kerana, penyakit ini dapat menyerang salah satu organ tubuh badan kita yang sangat penting, tcm sarankan sentiasalah berwaspada dan mencegah penyakit ini dari terjadi.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=abses+otak

http://www.alodokter.com/abses-otak

https://hellosehat.com/penyakit/abses-otak/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>