Tips Kesihatan : 7 Tips Melancarkan Sistem Pencernaan

oie_5qZ4h7ci4tP7

Pemakanan dan gaya hidup memberi kesan yang besar terhadap sistem pencernaan kita. Gaya hidup dan pemakanan yang sihat menjadikan sistem pencernaan kita sihat tanpa sebarang masalah. Akan tetapi, bagaimana pula sekiranya kita mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat? Ia pasti akan mendatangkan kesan yang tidak baik buat sistem pencernaan kita.

Apabila sistem pencernaan kita tidak berfungsi dengan baik, ia dapat membuatkan kita terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang berbahaya. Oleh sebab itu, tcm nak kongsikan dengan anda semua hari ini mengenai 7 tips yang dapat melancarkan sistem pencernaan anda.

 

7 Tips Melancarkan Sistem Pencernaan

1. Berhenti Merokok

Merokok dapat mendatangkan kesan negatif pada sistem pencernaan kita. Ini kerana, perbuatan merokok dapat melemahkan injap yang berada di hujung esofagus. Seterusnya ia akan menyebabkan asid refluks serta pedih ulu hati. Selain itu, merokok juga dapat meningkatkan risiko kanser perut.

 

2. Makan Dengan Perlahan

Makan secara gelojoh bukan hanya kelihatan tidak sopan. Sebenarnya ia juga dapat menjadi penyebab kepada sistem pencernaan yang tidak sihat. Anda disarankan untuk makan dengan perlahan supaya dapat memberikan sedikit masa buat tubuh badan anda untuk mencerna makanan dengan lebih baik. Hal ini secara tak langsung membuatkan nutrisi dari makanan juga dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh badan.

 

3. Minum Air

Tambahkan lebih banyak air di dalam diet anda dapat membantu proses pencernaan menjadi lebih lancar. Makanan akan lebih mudah untuk melepasi usus anda. Walaupun tips ini kelihatan biasa, namun ia dapat memberikan kesan yang sangat baik untuk sistem pencernaan anda. Tubuh badan yang kekurangan air akan menghasilkan najis yang keras dan sukar untuk melalui kolon.

 

4. Aktif Bergerak

Bersukan atau melakukan sebarang aktiviti lain yang membuatkan anda aktif bergerak sebenarnya juga salah satu cara bagi membantu fungsi atau kerja sistem pencernaan anda menjadi lebih baik. Dengan aktif bergerak, makanan yang terdapat di dalam perut kita akan menjadi semakin lancar. Penting untuk semua tahu, anda disarankan untuk bersenam sebelum makan atau satu jam setelah makan.

 

5. Kunyah Makanan Lebih Lama

Walaupun kelihatan remeh, mengunyah sememangnya dapat membantu sistem pencernaan anda. Ini kerana, sekiranya anda mengunyah makanan dengan baik, sistem pencernaan anda tidak akan memerlukan kerja yang banyak untuk dilakukan dan seterusnya menjadi semakin lancar. Selain itu, otak juga memerlukan masa untuk menerima isyarat apabila anda sudah kenyang.

 

6. Cegah Stress

Stress merupakan sesuatu yang dapat mempengaruhi keseluruhan tubuh badan anda dengan sesuatu yang negatif. Ini termasuklah sistem pencernaan. Oleh itu, elakkan dari stress dan cari cara bagaimana anda dapat tanggani stress dengan lebih sihat.

 

7. Kurangkan Berat Badan

Penambahan berat badan sebanyak beberapa paun sahaja sudah dapat mendatangkan masalah pada sistem pencernaan. Ini kerana, injap yang terletak di antara perut dan esofagus kadang kala tidak ditutup dengan baik sehingga menyebabkan asid perut untuk kembali masuk semula ke dalam esofagus. Dengan mengurangkan berat badan, tekanan akan berkurangan dan sistem pencernaan akan berjalan dengan baik.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=tips+melancarkan+sistem+pencernaan

https://hellosehat.com/hidup-sehat/kebugaran/8-tips-sistem-pencernaan-lebih-baik/

http://mrtengkuasmadi.com/9-tips-sihat-untuk-meningkatkan-kesihatan-sistem-pencernaan-anda/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>