Amenorrhea

oie_IoR1nFZfPXFE

Hai semua, apa khabar? :) Tajuk yang tcm akan kongsikan pada hari ini adalah berkenaan dengan sejenis penyakit yang banyak mempengaruhi kaum wanita. Penyakit ini banyak berlaku di kalangan remaja perempuan sebelum dewasa atau semasa mengandung, ibu yang menyusukan bayi atau menopaus. Penyakit ini dikenali sebagai “Amenorrhea” yang bermaksud  tidak datang haid (menstruasi).

Bagi mereka yang mempunyai masalah haid yang kebiasaannya datang 3 hingga 6 bulan sekali dan berpanjangan dikenali sebagai “Oligomenorea”. Amenorrhea adalah istilah perubatan bagi suatu keadaan di mana, seseorang itu tidak datang haid secara kekal ataupun sementara. Amenorrhea dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu “Amenorrhea Primer” dan yang keduanya “Amenorrhea Sekunder”.

 

2 Jenis Amenorrhea

1. Amenorrhea Primer

  • Kegagalan bagi menstabilkan kedatangan haid. Seterusnya ia akan dikategorikan sebagai tidak normal sekiranya remaja perempuan tiada perkembangan fizikal secara seksual pada usia 14 tahun. Atau remaja yang normal perkembangan fizikal dan seksualnya akan tetapi tidak datang haid pada umur 16 tahun. Selain itu, amenorrhea primer biasanya berlaku pada 3 daripada 1000 orang remaja.

2. Amenorrhea Sekunder

  • Jenis yang kedua ini pula merujuk kepada masalah gangguan haid yang tidak datang berturut-turut selama 6 bulan bagi wanita yang kedatangan haidnya tetap setiap bulan. Amenorrhea sekunder kebiasaannya dialami oleh 3% remaja perempuan, 50% dan ke atas berlaku pada atlet lumba lari dan 44% banyak terjadi pada penari balet.

 

Penyebab Amenorrhea

oie_djw0yN0j9aI9

  • Gangguan pada saraf pusat
  • Kegagalan fungsi ovari
  • Tiada vagina atau rahim ketika lahir
  • Selaput dara yang menutup keseluruhan vagina
  • Lewat akil baligh
  • Tekanan perasaan yang teruk dan gangguan emosi
  • Obesiti
  • Penyakit kronik
  • Senaman yang berlebihan

 

Gejala Amenorrhea

  • Seorang wanita yang berhenti daripada mempunyai kitaran haid selama 3 kitaran berturut-turut atau untuk tempoh 6 bulan atau lebih tanpa hamil
  • Tidak datang haid walaupun setelah berusia 16 tahun

 

Langkah Pencegahan

oie_7EUNeyeAbsRA

Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh diamalkan ialah :

  • Menghindari daripada sering stress atau tertekan
  • Mengamalkan pola makan secara teratur
  • Pastikan sentiasa mendapatkan nutrisi penting ketika haid
  • Elakkan daripada mengamalkan gaya hidup yang mendorong kepada obesiti
  • Tidak berlebih-lebihan dalam senaman

 

Berikut merupakan sedikit sebanyak maklumat yang dapat tcm kongsikan untuk pengetahuan kita bersama. Tcm sarankan, sekiranya anda merasa anda mengalami masalah ini, segeralah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah ini, seeloknya amalkanlah langkah-langkah pencegahan seperti yang terdapat di atas. Semoga bersama-sama kita dapat menjaga kesihatan diri kita semua.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

line-lucu-SMS-Lucu-Pakai-Stiker-LINE-Dari-XL

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>