Penyakit Erectile Dysfunction

oie_yS7ZDIYpTAGt

Selamat pagi semua, artikel yang akan tcm kongsikan pada pagi ini adalah berkenaan dengan suatu masalah yang sering dialami oleh kaum lelaki. Namun disebabkan oleh ego dan malu, banyak pesakit yang mengalami masalah ini tidak datang untuk mendapatkan rawatan. Penyakit tersebut dikenali sebagai erectile dysfunction (ED). ED sebenarnya berkaitan dengan masalah kesihatan seseorang itu.

Malah, ED kadang-kala dapat menjadi satu isyarat kepada masalah kesihatan yang lebih serius yang mungkin dialami oleh pesakit. Oleh itu, perbuatan membiarkan sahaja masalah tersebut tanpa mendapatkan sebarang rawatan dapat mengundang bahaya kepada kesihatan pesakit.

 

Penyebab Erectile Dysfunction

Masalah ED dapat berpunca daripada pelbagai sebab. Antaranya adalah seperti kesan sampingan ubat-ubatan tertentu, penyakit diabetes, pengambilan alkohol, merokok, tekanan, tidak aktif secara fizikal atau kurang bersenam, kecederaan, ketidakseimbangan hormon, ketagihan dadah dan terlalu keletihan. Penyakit seperti darah tinggi dan kerosakan saraf juga dapat menjadi faktor pendorong.

Selain daripada faktor fizikal, faktor psikologi turut mampu menyebabkan seseorang itu mengalami ED. Antara contoh faktor psikologi adalah seperti rasa rendah diri ‘tidak mampu’, kemurungan, rasa bersalah, masalah hubungan dengan pasangan dan tekanan yang melampau.

 

Gejala-Gejala Erectile Dysfunction

  • Keinginan seks menurun
  • Kesukaran untuk berhubungan seks dengan pasangan
  • Pengerasan zakar tidak cukup keras atau panjang untuk melakukan seks
  • Sesetengah pesakit tidak lagi mengalami ereksi ketika tidur atau bangun tidur
  • Tahap testosteron rendah
  • Sesetengah pesakit mengalami ereksi ketika tidur dan bangun namun tidak dapat mengalaminya pada waktu lain

 

Fungsi Ereksi Zakar

Secara fisiologinya, fungsi ereksi zakar adalah satu interaksi kompleks yang berlaku di antara saraf, otot, emosi, hormon, otak dan pengaliran darah ke zakar. Apabila saluran darah arteri yang menyalurkan darah ke zakar menjadi sempit akibat masalah pengerasan saluran darah atau ‘atherosklerosis’ maka pengaliran darah ke zakar akan terganggu dan menyebabkan masalah mati pucuk atau zakar tidak dapat mencapai ketegangan yang mencukupi.

 

Erectile Dysfunction Petanda Awal Penyakit Lain

Saluran darah arteri ke bahagian zakar adalah lebih kecil berbanding saluran darah ke jantung, buah pinggang dan otak. Disebabkan itu ED dapat menjadi petanda awal kepada penyakit lain yang lebih serius. Antaranya adalah seperti serangan jantung, masalah buah pinggang dan strok. bagi pesakit diabetes pula, disamping kerosakan saluran darah, faktor hormon testosteron yang rendah juga dapat menyebabkan ED.

 

Tips Mengatasi Erectile Dysfunction

  1. Banyakkan makan makanan yang mengandungi flavonoid yang tinggi
  2. Berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan
  3. Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan banyakkan bersenam
  4. Cuba untuk elakkan diri dari terlalu stress atau tertekan
  5. Pastikan mendapat rehat yang mencukupi
  6. Mengawal paras glukosa darah dan paras insulin

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=penyakit+erectile+dysfunction

http://www.terapisehat.com/2010/10/erectile-dysfunction-ed-disfungsi-ereksi.html

https://www.hmetro.com.my/node/113027

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>