Tips Kesihatan : Kebaikan Mandi Wap

oie_zOQfV9BIocze

Hyep, hari ni tcm nak  kongsikan pula dengan anda berkenaan dengan suatu amalan yang baik untuk kesihatan iaitu “mandi wap”. Sebelum kita tengok apa kelebihan-kelebihan yang dapat kita perolehi daripada mandi wap ni, jom kita tengok dulu sejarah bagi mandi wap. Untuk pengetahuan semua, mandi wap sebenarnya telah wujud sejak beberapa ribu tahun dulu lagi.

Pada zaman Empayar Greek, mandi wap sudah lama diamalkan oleh masyarakat Rom pada ketika itu. Mandi wap ketika itu dikenali sebagai “Sudatorium”. Pada zaman Empayar Turki (Persia), tempat umum untuk mandi wap dikenali sebagai “Hamam”, manakala di Rusia pula, ianya disebut “Banja”. Seperti yang dapat kita lihat, mandi wap telahpun menjadi amalan sejak masyarakat terdahulu lagi.

 

Mandi wap hanya mengambil masa selama 10-15 minit sahaja bagi mendapatkan hasil yang maksimum. Anda juga disarankan untuk banyakkan minum air kosong sebelum atau sesudah anda mandi wap. Banyak kebaikan yang dapat seseorang itu perolehi daripada amalan mandi wap. Walaupun begitu, kita tetaplah perlu mengikut segala garis panduan yang betul di dalam mengamalkannya.

Ini kerana, sekiranya tidak dilakukan dengan berhati-hati, mandi wap dapat mendatangkan kesan yang tidak baik untuk kesihatan kita.

 

Antara Kebaikan-Kebaikan Mandi Wap

Membersihkan Racun

Proses mandi wap akan membuatkan tubuh badan kita mengeluarkan peluh yang banyak sekali. Ini secara tidak langsung akan membuatkan proses pembersihan terjadi di seluruh kulit dan kelenjar peluh kita. Apabila proses pembersihan ini sudah terjadi, tubuh badan kita akan merasa lebih bertenaga kerana kotoran tubuh yang tersimpan di dalam tisu lemak akan mencair di bawah suhu yang tinggi.

Menurunkan Berat Badan

Mandi wap ternyata mendatangkan kesan yang positif pada sistem metabolisme tubuh badan sehingga dapat menurunkan berat badan kita.

Mendapatkan Ketenangan

Mandi wap juga mampu memberikan ketenangan kepada mereka yang melakukannya, baik fizikal atau mental. Seseorang yang sering tertekan serta stress dengan pelbagai masalah disarankan untuk melakukan mandi wap. Selain dari tekanan perasaan, seseorang yang mengalami masalah insomnia (gangguan tidur) juga dapat diatasi dengan amalan mandi wap.

 

Perbandingan Mandi Wap Dan Aktiviti Lain

  • Mandi wap selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori
  • Aerobics selama 30 minit mampu membakar 400 kalori
  • Berbasikal selama 30 minit mampu membakar 250-500 kalori
  • Jogging selama 30 minit mampu membakar 300 kalori
  • Berenang selama 30 minit mampu membakar 400 kalori

 

NOTA PENTING :

Walaupun mandi wap mempunyai banyak kelebihan yang dapat kita perolehi, namun kita hendaklah tahu juga akan risiko-risiko yang boleh dialami sekiranya dilakukan dengan cara yang salah. Antaranya  seperti, mandi wap yang dilakukan terlalu lama dapat membuatkan seseorang itu mengalami dehidrasi. Selain itu, fungsi jantung mereka juga turut berpotensi menjadi terganggu.

Antara golongan yang tidak digalakkan melakukan mandi wap pula ialah seperti ibu hamil, seseorang yang mengalami gangguan pada saluran pernafasan mereka serta pesakit jantung. Malah, ada sesetengah pakar perubatan juga berpendapat, mandi wap dapat melemahkan fungsi sel sperma yang terkandung dalam testis (buah zakar) lelaki.

Oleh itu, tcm sarankan supaya anda mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum melakukan mandi wap yea.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=kebaikan+mandi+wap

http://saunamilikmu.blogspot.my/2011/04/kebaikan-mandi-wap-sauna.html

https://www.deherba.com/berikut-bahaya-dan-manfaat-melakukan-sauna.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>