Tips Kesihatan : Buat Otak?

oie_SfvCI2O7j2sH

Hai semua, sering sekali kita dengar penjagaan kesihatan tubuh badan, mata, jantung, dan pelbagai anggota badan yang lain. Tapi, bagaimana pula dengan penjagaan kesihatan otak kita? Yup, otak juga memerlukan penjagaan kesihatan yang betul bagi memastikan ia berada di dalam keadaan yang sihat dan cergas. Seperti badan, otak juga perlu membuat senaman dari masa ke semasa.

Perkara ini bertujuan bagi menjadikan otak kita lebih cergas dengan senaman yang dilakukan. Selain itu, gaya hidup kita juga sebenarnya mampu mempengaruhi kesihatan otak kita. Sebagai contoh, mereka yang sering mengabaikan sebarang senaman otak akan lama-kelamaan membuatkan otak mereka menjadi biasa akan hal tersebut dan seterusnya menjadi kurang peka terhadap persekitaran.

 

Jom Amalkan Tips Ni!

1. Melatih Otak

Seperti tubuh badan, otak juga memerlukan senamannya yang tersendiri bagi menjadikannya kekal aktif. Antara senaman otak yang boleh diamalkan ialah seperti teka-teki, menyelesaikan ‘puzzles’, mandi sambil menutup mata, makan sambil menutup mata, menggunakan tangan bukan dominan untuk memberus gigi dan sebagainya.

2. Tidur

Boleh dikatakan otak kita sentiasa bekerja tanpa henti. Seperti anggota yang lain, otak juga memerlukan masa untuk berehat. Hal ini dapat dicapai dengan aktiviti tidur. Dengan mendapatkan tidur yang mencukupi, otak anda juga dapat mencapai waktu rehat yang secukupnya. Secara purata, setiap orang memerlukan waktu tidur diantara 6-8 jam sehari.

3. Melakukan sesuatu yang baru

Kita sering tidak sedar dengan melakukan perkara yang sering kita lakukan tanpa sebarang perubahan akan secara tidak langsung dapat menjadikan otak kita lemah. Semakin kerap kita melatih otak untuk kekal aktif, semakin kurang kadar kemerosotan yang boleh berlaku pada otak kita. Antaranya ialah seperti belajar bahasa asing, menari Tango dan lain-lain.

4. Pemakanan yang sihat

Tips ini sememangnya juga memainkan peranan penting. Ini kerana, terdapat beberapa jenis makanan yang sekiranya diamalkan, dapat mendatangkan kebaikan buat kesihatan dan kecergasan otak kita.

 

Berikut dibawah merupakan beberapa jenis makanan tersebut :

  • Coklat : Kajian menunjukkan, kandungan antioksidan yang ditemui di dalam dua atau tiga sudu  coklat adalah lebih kuat daripada antioksidan yang terdapat di dalam makanan lain.
  • Ikan : Ikan penuh dengan khasiat Omega 3 dan dapat juga mengurangkan risiko menghidapi penyakit Alzheimer. Omega 3 dapat memberikan oksigen yang banyak ke otak sehingga dapat meningkatkan ingatan memori seseorang itu.
  • Sayuran Hijau : Sayuran seperti sawi, bayam adalah sangat baik sekali untuk otak orang dewasa dan juga kanak-kanak. Ia mengandungi zat penting seperti zat besi, vitamin B6 dan B12.
  • Kacang : Kacang seperti hazel, almond, walnut, biji bunga matahari juga terbukti merupakan salah satu makanan yang baik untuk otak. Ia dapat membantu anda berfikir dengan lebih positif disamping dapat meningkatkan kecerdasan otak anda.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>