AMNESIA

oie_e2Q1brHY0TtC

Ingatan merupakan salah satu fungsi penting di dalam otak manusia. Fungsi ingatan adalah bagi menyimpan kesemua perkara yang pernah dialami kita seperti pengalaman sewaktu kita bercuti, mengingat tarikh-tarikh penting, perkara yang menyakitkan kita, makanan kegemaran kita dan banyak lagi. Apa yang ingin tcm kongsikan pada hari ini adalah mengenai amnesia. :)

Amnesia adalah istilah bagi mereka yang mengalami kehilangan memori (ingatan) yang disebabkan oleh kecederaan atau penyakit yang berkaitan dengan kawasan otak yang tertentu yang berkaitan dengan pembentukan ingatan. Contoh kecederaan yang boleh menyebabkan amnesia adalah kepala terhantuk di meja, terjatuh di bahagian kepala, stroke, pendarahan otak dll.

Selain mengalami kecederaan di kepala, seseorang itu juga boleh mengalami amnesia melalui faktor genetik atau faktor degeneratif seperti penyakit Alzheimer, penyalahgunaan ubat-ubatan dan juga trauma. Amnesia dapat dibahagikan kepada dua jenis. Yang pertama ialah “Anterograde Amnesia” dan yang keduanya pula adalah “Retrograde Amnesia”.

 

Anterograde Amnesia – Amnesia jenis ini merujuk kepada kelemahan seseorang itu di dalam mempelajari perkara baru.

Retrograde Amnesia – Amnesia jenis ini pula merujuk kepada seseorang itu yang mempunyai kelemahan di dalam mengingat kembali kejadian yang lalu dan maklumat-maklumat lain sebelum mengalami amnesia.

 

Gejala2 Amnesia :

  • Tidak mampu untuk mengingat perkara yang lalu
  • Tidak mampu mempelajari perkara baru
  • Sukar untuk berbual
  • Sesat di tempat yang selalu dilawati
  • Lupa perkara yang selalu dilakukan

 

Penyebab Umum Amnesia :

1075399784_c.jpg

  • Masalah saraf seperti kekejangan dan sawan
  • Mengalami tekanan yang melampau
  • Berlaku kerosakan otak kerana penyakit
  • Mengalami kecederaan pada otak akibat kemalangan
  • Ketumbuhan di dalam otak disebabkan oleh tumor ataupun jangkitan
  • Trauma emosional atau trauma otak
  • Masalah nutrisi seperti kekurangan vitamin B12
  • Histeria

 

Tips2 Pencegahan Amnesia :

3321595661_thumbs_up_display_image_answer_1_xlarge

Masalah utama amnesia adalah berpunca daripada berlakunya kerosakan pada otak seseorang itu. Oleh itu, sebagai langkah pencegahan amnesia, kita hendaklah mengamalkan beberapa tips bagi menghindari berlakunya kerosakan pada otak kita. :)

  • Elakkan pengambilan alkohol secara berlebihan
  • Memakai helmet ketika menunggang motosikal serta memakai tali pinggang keledar ketika memandu
  • Segera merawat sebarang jangkitan sebelum merebak ke otak
  • Dapatkan bantuan rawatan segera sekiranya mengalami gejala strok, sakit kepala yang teruk atau lain-lain kecemasan
  • Elakkan daripada melakukan aktiviti yang dapat membahayakan keselamatan diri

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>