Masalah Gusi Bengkak

oie_SEvo7R5F60Zl

Masalah gusi bengkak amatlah mengganggu kehidupan seharian kita. Ini kerana, kita akan merasa sakit yang teramat sangat sehingga membuatkan kita tidak dapat fokus ke atas segala perkara yang dilakukan. Jenis rawatan yang sesuai untuk mengubati masalah gusi bengkak ini sebenarnya bergantung kepada penyebab keadaan tersebut.

Terdapat pelbagai sebab yang dapat menyebabkan seseorang itu mengalami gusi bengkak. Antaranya ialah kekurangan vitamin C, mungkin juga berpunca daripada malas menggosok gigi, pembentukan plak tidak berwarna pada leher gigi dan lain-lain lagi.

Penyakit gusi bengkak ini bermula dengan terjadinya sedikit keradangan pada gusi dan seterusnya melarat sehingga merosakkan tisu lembut dan tulang yang menyokong gigi. Bakteria yang menyebabkan keradangan gusi bengkak ini dikenali sebagai “Gingivitis”. Bakteria tersebut menyebabkan gusi menjadi merah, bengkak serta mudah berdarah.

 

Punca2 Gusi Bengkak :

qoobee_eat_donut_emoticon_by_goloops-d59wizl

  • Kebersihan mulut yang tidak dijaga – Apabila kita makan, sisa-sisa makanan akan melekat pada celah gigi dan gusi. Sekiranya kita tidak menggosok gigi, sisa-sisa makanan tersebut dapat meningkatkan risiko terjadinya gusi bengkak.
  • Pemakaian braces – Sekiranya braces dipasang terlalu rapat dengan gusi, ia akan memberikan tekanan sehingga membuatkan gusi bengkak serta berlakunya iritasi.
  • Pemakanan yang tidak sihat – Kerap memakan makanan yang banyak mengandungi gula, sebenarnya meningkatkan risiko seseorang itu untuk mengalami gusi bengkak.
  • Kekurangan vitamin dan nutrisi penting- Kurangnya vitamin C merupakan salah satu punca seseorang itu mengalami gusi bengkak.
  • Serangan bakteria akibat plak gigi – Jangkitan oleh bakteria yang terdapat di celah-celah gigi dapat mengancam keadaan kesihatan mulut dan boleh menyebabkan gusi bengkak.
  • Penggunaan alkohol yang terlalu kerap – Tidak kiralah sama ada minuman beralkohol ataupun ubat-ubatan yang mengandungi alkohol seperti pencuci mulut, amatlah tidak digalakkan untuk selalu digunakan. Ini kerana, ia dapat menyebabkan iritasi pada tisu gusi.

 

Tanda2 Gusi Bengkak :

Mr.-Onion-Head-47

  • Gigi menjadi longgar sehingga terpaksa dicabut
  • Gusi menjadi merah dan bengkak
  • Gusi mudah berdarah apabila diberus atau kunyah makanan yang keras
  • Mulut berbau busuk

 

Tips2 Ubati Gusi Bengkak :

QLLg8

  • Menggunakan larutan air garam – Masukkan satu sudu makan garam ke dalam segelas air suam dan kacau sehingga hancur. Kemudian,  kumur air garam selama beberapa minit. Lakukan proses ini beberapa kali sehari bagi meredakan gusi bengkak.
  • Air perahan lemon – Perah satu buah lemon ke dalam segelas air suam. Kemudian, kumur air perahan lemon ini selama beberapa minit. Ulang sebanyak 2-3 kali sehari.
  • Flos gigi anda – Gunakan benang gigi untuk membersihkan sisa makanan daripada celah gigi anda. Ini bagi bertujuan mengelakkan terjadinya gingivitis.
  • Menggunakan madu – Sapukan madu pada gusi yang bengkak sebanyak 3 kali sehari.
  • Menggunakan kunyit hidup – Rendamkan kunyit hidup dan gambir dalam air panas yang mendidih. Setelah itu, dibiarkan sejuk dan kemudian kumurlah air rendaman tersebut.
  • Menggunakan umbut nanas – Hancurkan umbut nanas dan campurkan sedikit dengan garam halus. Seterusnya tampal pada bahagian gusi yang bengkak.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>