Kelebihan KUNYIT!!!

oie_egJ5YJyL7II6

Hebat ke kunyit nie?

Assalammualaikum semua. Kunyit merupakan bahan yang sangat penting di dalam sesetengah masakan. Walaupun begitu, tahukah anda peranan kunyit sebenarnya bukanlah hanya sekadar bahan masakan di dapur sahaja. Khasiat dan kelebihan kunyit adalah sangat menakjubkan. Ia mengandungi pelbagai kebaikan yang mana bukan hanya sekadar menambah perasa masakan. Akan tetapi boleh juga digunakan bagi merawat pelbagai jenis penyakit termasuk kanser!

 

Kunyit – Kesihatan :

Onion-onion-head-emoticon-23254609-130-130

Antara kandungan yang menarik di dalam kunyit adalah curcumin. Ini kerana ia dapat memerangi kanser serta penyakit lain seperti alzheimer. Nutrien curcumin di dalam kunyit berperanan sebagai agen anti radang yang sangat baik.  Selain itu, kunyit juga mempunyai kandungan lain seperti paras zat besi yang tinggi, tahap vitamin B6 yang sederhana serta kalium. Kunyit merupakan rawatan semulajadi bagi mengubati arthritis dan artritis rheumatoid.

 

Kunyit – Kecantikan :

gambar-emoticon-lucu-dan-aneh-bergerak-terbaruMereka yang selalu menjaga kecantikan diri juga tidak tertinggal bagi mengamalkan kunyit sebagai petua kecantikan semula jadi. Oleh kerana kunyit banyak mengandungi bahan antiseptik, ianya dapat digunakan sebagai pencegahan pada peradangan jerawat dan juga luka. Selain itu, kunyit juga mampu memulihkan kerosakan yang terjadi pada kulit seseorang itu akibat terbakar oleh sinaran matahari serta dapat juga mencerahkan kulit wajah seseorang itu.

 

Rupanya banyak betul kegunaan kunyit ni yea, bukan hanya berguna di dalam masakan sahaja. Malah boleh juga digunakan sebagai bahan untuk merawat kesihatan serta sebagai petua kecantikan semula jadi. Mari kita lihat kelebihan-kelebihan kunyit yang lain. Antaranya ialah :

  • Kunyit dapat digunakan bagi mengawal penghasilan minyak yang berlebihan, atasi kulit berminyak
  • Kunyit dapat membantu menyembuhkan luka dengan lebih cepat, antiseptik semulajadi
  • Kunyit mengurangkan risiko seseorang itu mendapat kanser kerana memiliki sifat anti-kanser
  • Melambatkan penuaan kerana, kunyit membantu pertumbuhan dan meremajakan sel
  • Kunyit dapat membantu mencegah leukimia
  • Membantu di dalam penurunan berat badan kerana kunyit dapat meningkatkan metabolisma badan
  • Membersihkan serta menyihatkan kulit wajah anda
  • Membantu melawan gangguan kulit seperti ekzema, psoriasis dan ruam merah

 

Oleh kerana kunyit memiliki ciri-ciri 2M yang sangat diminati setiap orang. Penggunaan kunyit sememangnya sangat meluas. Apa itu 2M?? :) 2M ialah “Murah” dan “Mudah Didapati”. Jadi, mereka yang ingin mencuba kaedah rawatan dengan menggunakan kunyit tidaklah perlu berbelanja besar serta ianya dapat dilakukan di rumah anda sendiri dengan selesa. ;)

 

Tips2 Berkunyit :

1075399784_c.jpg

  1. Campurkan serbuk kunyit bersama-sama dengan sedikit air ataupun jus limau nipis. Seterusnya, sapukan pada wajah anda bagi membantu kulit lebih berseri, selain mengurangkan masalah tompokan pigmen serta seterusnya meratakan warna kulit.
  2. Jus kunyit dapat dihasilkan dengan mengisar kunyit hidup bersama dengan air masak. Kemudian tapis dan hidangkan bersama dengan sedikit asam keping dan gula melaka. Sekiranya diamalkan, dapat memperbaiki sistem dalaman tubuh badan.
  3. Scrub kunyit dapat dihasilkan dengan mencampurkan kunyit bersama-sama dengan tepung dan air. Setelah itu, sental tubuh dengan menggunakan ramuan yang telah dihasilkan tadi keseluruh badan sebelum mandi. Tips ini dikatakan dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit menjadi halus dan sekata warnanya.
  4. Kunyit mengandungi agen penyembuhan yang sangat baik, contohnya bagi menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Caranya adalah dengan mencampurkan 3 sudu besar kunyit dengan beberapa titis air kelapa atau minyak kastor pada tumit selama 10-15 minit sebelum mandi. Sekiranya diamalkan dengan teratur, ianya dapat menghaluskan tumit anda kembali.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>