Apa Itu Gastroschisis

oie_kbfaepzdcvyz

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Artikel yang akan dikongsikan pada hari ini adalah berkenaan dengan gastroschisis. Gastroschisis merupakan satu kecacatan sejak lahir yang dialami oleh bayi pada dinding perut mereka. Kecacatan yang dimaksudkan tersebut ialah terdapat sebahagian perut (usus) bayi yang terbentuk di luar tubuh disebabkan oleh pembentukan dinding perut yang tidak sempurna.

 

Gejala-Gejala Gastroschisis

  • Kelihatan sebahagian usus bayi yang terletak di luar tubuh
  • Terdapat sesetengah kawasan usus yang lebih gelap disebabkan terdedah kepada air ketuban ketika di dalam rahim ibu
  • Mempunyai kesukaran untuk mencerna makanan sekiranya terdapat kerosakan pada usus
  • Terdapat benjolan pada perut bayi

 

Masalah gastroschisis kebiasaannya sering dialami oleh bayi yang dilahirkan pramatang. Terdapat satu lagi keadaan lain yang kelihatan seolah-olah gastrochisis. Keadaan tersebut dikenali sebagai omphalocele. Omphalocele juga merupakan suatu kecacatan sejak lahir. Akan tetapi, bagi kes pesakit omphalocele, organ usus atau perut bayi akan terkeluar daripada pusat dan dilitupi dengan lapisan membran nipis.

 

Penyebab Gastroschisis

Penyebab bagi gastroschisis masih lagi belum dapat dikenalpasti. Walaupun begitu,  mengikut hasil kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko seseorang itu menghidapi gastroschisis. Antaranya ialah :

  • Berlakunya perubahan pada gen atau kromosom tertentu
  • Kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diambil oleh ibu yang hamil
  • Pengaruh daripada kawasan persekitaran
  • Kesan daripada makanan dan minuman yang tertentu
  • Pengambilan minuman yang beralkohol
  • Tabiat merokok atau sering terdedah kepada asap rokok

 

Selain daripada faktor-faktor yang disenaraikan di atas, terdapat juga pakar perubatan yang berpendapat gastroschisis berlaku disebabkan terdapatnya gangguan pada bekalan darah ke arteri sehingga mengganggu proses pembentukan dinding perut. Keadaan ini dapat terjadi ketika usia kandungan mula memasuki lapan minggu.

 

Komplikasi Gastroschisis

  • Mengalami kesukaran untuk mencerna makanan
  • Tisu usus mengalami kekurangan darah
  • Organ usus terdedah kepada jangkitan
  • Mengalami masalah gangguan pernafasan

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://ilmubedah.blogspot.my/2010/06/gastroschisis.html

http://www.alodokter.com/gastroschisis

https://hellosehat.com/penyakit/gastroschisis/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>