Tips Kesihatan : 8 Cara Atasi Kulit Kering

oie_8msGmE2RvAAf

Selamat berpuasa semua. Di bulan puasa, antara masalah yang sering kita alami adalah seperti masalah kekurangan air. Tahu tak anda, sekiranya tubuh badan kita tidak mendapat bekalan air yang mencukupi, ia akan mendatangkan pelbagai masalah lain terhadap kesihatan kita. Antara salah satunya seperti masalah kulit kering. Hari ini tcm akan kongsikan dengan anda semua 8 tips atau cara bagaimana dapat kita tanggani masalah kulit kering.

 

8 Cara Atasi Kulit Kering

1. Rajinkan Bersenam

Walaupun bulan puasa, kita tidak semestinya harus kekal lemah dan tak bertenaga. Sebaliknya kita perlu aktif serta rajin bersenam. Dengan bersenam, pengaliran darah kita akan berjalan dengan lancar dan dapat membantu menghantar nutrien pada kulit.

 

2. Pilih Pelembap Yang Betul

Bagus pada yang lain, tak semestinya bagus juga pada diri kita. Plih pelembap yang sesuai untuk kulit anda. Elakkan dari menggunakan pelembap yang dapat membuatkan liang pori-pori tersumbat. Selain itu, elakkan juga dari menggunakan pelembap yang akan membuatkan kulit anda berminyak.

 

3. Tidur Secukupnya

Walaupun anda sibuk, susun waktu anda dengan bijak. Ini supaya anda mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya. Untuk pengetahuan semua, waktu rehat yang cukup sangat membantu di dalam mengekalkan kelembapan dan keremajaan kulit.

 

4. Gunakan Pencuci Muka Berasaskan Gel/Krim

Tcm syorkan pencuci muka yang berasaskan gel/krim kerana ia kebiasaannya mengandungi agen pelembap. Apabila kita menggunakan pencuci muka yang mengandungi agen pelembap, ia dapat melembapkan dan mengelakkan kehilangan minyak semula jadi pada kulit.

 

5. Minum Air Secukupnya

Oleh kerana kita sekarang berada di dalam bulan puasa, kita perlulah memastikan pengambilan air kita mencukupi selepas daripada waktu berbuka. Ini kerana, amalan minum air yang mencukupi merupakan sumber terbaik yang bertindak sebagai pelembap kulit.

 

6. Makan Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan seharian kita secara tak langsung dapat memastikan kulit sentiasa kelihatan segar, bermaya dan sihat. Selain itu, kita turut disaran untuk banyakkan minum air suam.

 

7. Elak Berjemur Bawah Matahari

Cahaya matahari mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Walaupun begitu, terdedah kepada cahaya matahari secara langsung untuk satu tempoh yang lama dapat merosakkan kulit dan menghasilkan garisan-garisan halus yang dapat menyebabkan kedutan.

 

8. Tukar Air Teh atau Kopi Kepada Koko

Kaya akan antioksidan, koko dapat membantu pengaliran darah dalam badan dan sekaligus mengatasi masalah kurang air. Hal ini secara tak langsung dapat membuatkan kulit anda sentiasa lembap.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=tips+elak+kulit+kering

http://www.maskulin.com.my/2017/08/23/elak-kulit-kering-kedutan-diwajah-dengan-9-cara-mudah-ini-pasti-nampak-10-tahun-lebih-muda/

http://www.notawanita.com/13-cara-mengatasi-masalah-kulit-kering/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>