Tips Kesihatan : 5 Kebaikan Petai

oie_n6hvrdapqsqq

Hai semua, artikel yang akan dikongsikan pada hari ini adalah berkenaan dengan kebaikan yang dapat kita perolehi dengan memakan petai. Sebut sahaja petai, mungkin ada yang tidak suka akan makanan ini disebabkan oleh bau mulut atau bau kencing orang yang memakannya menjadi sangat berbau dan tidak menyenangkan.

Walaupun begitu, kita tidak boleh menafikan petai sememangnya dapat mendatangkan banyak manfaat kepada mereka yang memakannya.

 

Parkia Speciosa

Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai kebaikan-kebaikan yang dapat kita perolehi dengan memakan petai, jom kita kenal dahulu dengan nama saintifik bagi petai. Nama saintifik bagi petai ialah “Parkia Speciosa”. Sejak dahulu lagi petai telah pun dijadikan sebagai ulam-ulaman untuk dimakan. Antara masakan petai yang sering dijumpai ialah sambal tumis ikan bilis petai.

Wah, sedap nie..hehe Ok, jom teruskan dengan apakah sebenarnya kebaikan-kebaikan yang dapat kita perolehi daripada petai. Antaranya ialah :

 

5 Kebaikan Makan Petai

Membantu Untuk Berhenti Merokok

Kandungan vitamin B6, B12, kalium, magnesium yang terdapat di dalam petai mampu membantu tubuh sembuh dengan cepat daripada ketagihan nikotin. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu mereka yang sememangnya berhasrat ingin berhenti merokok.

Mengatasi Masalah Sembelit

Bagi mereka yang sering sembelit, tcm ada berita gembira buat anda. Petai ternyata dapat membantu proses penghadaman dan menggalakkan seseorang itu untuk membuang air besar dengan lebih mudah. Ini adalah kerana petai mengandungi serat yang tinggi.

Membantu Masalah Kemurungan

Kajian telah dijalankan terhadap mereka yang mengalami masalah kemurungan supaya memakan petai. Kesan daripada ujian tersebut, kebanyakan mereka yang menjalani ujian dengan memakan petai tersebut kembali pulih. Ini disebabkan kerana petai mengandungi tryptophan. Iaitu sejenis protein badan yang dapat bertukar kepada serotonin, hingga membuatkan seseorang itu lebih tenang dan gembira.

Atasi Masalah Tekanan Darah

Petai juga mengandungi kalium yang tinggi akan tetapi memiliki kandungan garam yang rendah. Oleh itu, petai sangat membantu sekali di dalam mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan strok.

Sebagai Penambah Tenaga

Hasil gabungan daripada 3 jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, glukosa dan serat merupakan penyebab kenapa mulut kita sangat berbau ketika memakan petai. Selain itu, hasil gabungan tersebut jugalah dapat memberikan seseorang itu tenaga yang cukup bagi melakukan aktiviti berat selama 90 minit.

 

Petua MenghilangKan Bau Mulut

Lepas dah tahu apa kebaikan-kebaikan yang diperolehi dengan memakan petai, anda mungkin sudah tak sabar lagi nak makan petai bukan? hehe Di sini tcm nak kongsikan beberapa tips-tips atau petua yang boleh diamalkan bagi menghilangkan bau petai di mulut anda. Antaranya ialah :

  • Kunyah chewing gum
  • Makan beras mentah dalam 10 biji
  • Campur masakan petai anda dengan terung
  • Kunyah terung mentah atau timun
  • Berus gigi dengan bersih

 

Bagi mereka yang ingin menghilangkan bau petai di tandas pula bolehlah memotong terung dan diletakkan di dalam tandas. Dengan melakukan cara ini, terung seterusnya akan menyerap bau petai yang kurang menyenangkan tersebut. Kesimpulannya, adalah baik untuk kita semua memakan petai disebabkan pelbagai manfaat yang dapat diperolehi.

Bagi mengatasi bau yang kurang menyenangkan tersebut pula, anda bolehlah mengikuti tips-tips atau petua yang telah tcm kongsikan. Terima Kasih!

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=kebaikan+makan+petai

http://sepatu-besi.blogspot.my/2013/07/khasiat-dan-kebaikan-petai.html

http://bicaramentari.blogspot.my/2014/08/khasiat-petai-ubat-penyakit-kaya-tenaga.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>