Kenali Kolesistitis

oie_safqvv5nhqvs

Salam sihat semua, terima kasih kerana membaca. Artikel kesihatan kita pada hari ini adalah berkenaan dengan keradangan yang dikenali sebagai kolesistitis. Kolesistitis merupakan suatu keradangan yang terjadi pada bahagian pundi hempedu seseorang itu. Sebelum kita pergi lebih jauh, tcm nak tanya, tahu tak apa itu pundi hempedu? Meh tcm nak kongsikan info berkaitan hempedu dulu.

 

Pundi hempedu adalah suatu kantung kecil yang berada pada bahagian bawah hati. Pundi hempedu menyimpan cecair yang dikenali sebagai hempedu. Cecair ini memiliki peranan yang sangat penting di dalam pencernaan lemak tubuh badan kita.

 

Faktor Penyebab Kolesistitis

Keradangan yang terjadi pada pundi hempedu dapat berlaku secara tiba-tiba (akut) atau dapat terjadi dalam jangka masa yang panjang (kronik). Sebahagian besar kolesistitis akut terjadi disebabkan oleh berlakunya penyumbatan pada saluran hempedu. Manakala, kolesistitis kronik pula terjadi disebabkan oleh berlakunya kolesistitis akut secara berulang-ulang kali.

Antara faktor penyebab lain seperti :

  • Kerosakan atau kecederaan pundi hempedu ketika pembedahan
  • Menghidapi sepsis
  • Menghidapi penyakit AIDS
  • Mengalami kekurangan zat makanan yang teruk

 

Gejala-Gejala Kolesistitis

Sakit yang teruk pada bahagian kanan atas yang terjadi selama beberapa jam merupakan antara gejala utama bagi kolesistitis. Rasa itu kebiasaannya terjadi sejurus pesakit memakan makanan yang berlemak. Sakit tersebut juga dapat menjalar sehingga ke punggung atau tulang belikat kanan. Antara gejala-gejala lain yang turut dialami pesakit adalah seperti :

  • Mual dan muntah-muntah
  • Demam serta tidak mempunyai selera makan
  • Perut pada bahagian kanan terasa sakit ketika disentuh
  • Rasa semakin sakit ketika menarik nafas panjang
  • Kulit berwarna kekuningan

 

Faktor Pendorong Kolesistitis

Antara faktor-faktor yang dapat mendorong seseorang itu mengalami kolesistitis adalah seperti faktor usia, jantina perempuan, kumpulan etnik seperti penduduk asli Amerika, kesan sampingan ubat-ubatan dan juga kesan daripada kehamilan.

 

Langkah Mengatasi Kolesistitis

Berikut tcm kongsikan beberapa langkah yang dapat kita amalkan bagi mengatasi kolesistitis. Antaranya adalah seperti :

  • Elakkan daripada memakan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi
  • Awasi berat badan agar tidak berlebihan
  • Elakkan daripada makan terlalu cepat atau mengamalkan diet ketat
  • Amalan diet rendah lemak dapat mengurangkan beban pundi hempedu
  • Elakkan daripada sebarang penggunaan ubat-ubatan tanpa saranan doktor

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=kolesistitis

http://www.alodokter.com/kolesistitis

https://hellosehat.com/penyakit/cholecystitis-kolesistitis/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>