Penyakit Cystitis

oie_vGeyzJ4i91ak

Salam sejahtera buat semua para pembaca. Hari ini kita akan berkongsi tentang sejenis penyakit yang dikenali sebagai “Cystitis”. Apa tu? Cystitis merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan radang pada pundi kencing seseorang itu. Ia biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman pada pundi kencing. Individu yang mengalami cystitis akan merasa sakit ketika mereka ingin membuang air kecil.

Selain itu, mereka juga akan sering merasa ingin membuang air kecil meskipun pundi kencing telah kosong. Itu merupakan dua daripada beberapa gejala yang dialami oleh mereka yang mengalami cystitis. Cystitis lebih sering terjadi pada wanita. Akan tetapi, ia juga tidak mustahil untuk dialami oleh lelaki dan kanak-kanak walaupun risikonya adalah lebih rendah berbanding wanita.

 

Kenapa?

Mesti anda tertanya bukan, mengapa wanita lebih berisiko tinggi berbanding lelaki? Ini adalah kerana ukuran uretra (saluran utama pembuangan air kencing ke luar tubuh) pada wanita lebih pendek sekiranya dibandingkan dengan lelaki. Selain itu, ia juga terletak lebih dekat dengan anus. Disebabkan hal ini, bakteria daripada anus lebih mudah tersebar dan masuk ke dalam pundi kencing.

 

Punca Cystitis (Lelaki)

  • Jangkitan yang bermula dari uretra dan merebak hingga ke prostat dan seterusnya menjangkiti pundi kencing
  • Lebih mudah terjadi sekiranya seseorang itu mengalami jangkitan pada prostat
  • Aliran air kencing yang tersekat akibat batu karang dapat membuatkan prostat membesar dan menyebabkan air kencing yang telah terkena jangkitan berkumpul pada pundi kencing

Punca Cystitis (Wanita)

  • Mudah mendapat jangkitan kerana jarak yang dekat diantara uretra dan vagina
  • Boleh juga berjangkit daripada anus
  • Melalui hubungan seksual sekiranya mengalami kecederaan pada uretra dan mengundang bakteria yang seterusnya merebak ke pundi kencing
  • Dapat berlaku pada wanita hamil kerana mereka sukar untuk mengosongkan pundi kencing mereka

 

Gejala Cystitis

capek_sewa_komputer

  • Kerap buang air kecil terutamanya pada waktu malam
  • Sering merasa ingin buang air kecil secara tiba-tiba
  • Badan merasa kurang sihat atau demam
  • Rasa sakit pada bahagian bawah pusat dan juga dibahagian belakang badan
  • Rasa sakit seperti terbakar ketika buang air kecil
  • Air kencing berwarna keruh dan kuat berbau
  • Terdapat darah pada air kencing

 

Langkah Menghadapi Cystitis

  • Minum banyak air – Ini bagi mengeluarkan bakteria yang terdapat di dalam pundi kencing
  • Hindari – Buah-buahan seperti asam, makanan pedas, kafein, alkohol dan juga nikotin
  • Hubungan seksual – Cuba buang air kecil sebelum dan selepas hubungan seksual
  • Air panas – Letakkan botol air panas yang dibalut dengan tuala pada bahagian bawah perut bagi mengurangkan kesakitan

 

Langkah Pencegahan

  • Elakkan daripada tabiat suka menahan kencing
  • Minum air yang cukup setiap hari
  • Setelah buang air besar, bersihkan dari depan ke belakang untuk mencegah bakteria daripada masuk melalui uretra
  • Pakai seluar dalam yang dibuat dari “cotton” yang lembut
  • Mandi menggunakan air pancuran lebih baik dari  berendam
  • Elakkan penggunaan sabun mandi atau sabun pembersih organ intim yang mengandungi pewangi

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>