Apa tu Freckles

oie_xung2ug9zed0

Selamat petang semua, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai freckles. Apa tu?? Freckles sebenarnya adalah bintik-bintik coklat yang muncul pada permukaan kulit seseorang itu. Selain coklat, terdapat beberapa jenis warna lain juga yang boleh muncul. Antaranya seperti kemerahan, kuning, coklat muda dan hitam. Freckles dapat muncul secara berkelompok.

Freckles Sering Muncul Pada :

  • Pipi
  • Hidung
  • Lengan
  • Atas bahu

 

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bahaya ke sebenarnya freckles ni? Untuk pengetahuan semua, freckles tidaklah membahayakan kesihatan anda, malah ia juga tidak akan berubah menjadi kanser kulit. Freckles hanyalah merupakan sejenis bintik-bintik yang muncul pada permukaan kulit dan merupakan suatu keadaan umum yang dapat terjadi pada sesiapa sahaja.

 

Dua Jenis Freckles

  1. Freckles Normal
  2. Sunburn Freckles

Perbezaan di antara dua jenis freckles ini adalah, sunburn freckles memiliki saiz bintik yang lebih besar berbanding freckles normal. Selain itu, ia juga mempunyai warna yang lebih gelap.

 

Gejala-Gejala Freckles

Gejala freckles dapat dikenali dengan munculnya bintik-bintik pada permukaan kulit. Warna freckles kebiasaannya berwarna lebih gelap daripada warna kulit pada kawasan sekitarnya. Ketika berada di bawah cahaya matahari, freckles biasanya lebih mudah kelihatan. Kajian juga menunjukkan jumlah freckles dapat bertambah seiring dengan pendedahan terhadap cahaya matahari.

Freckles biasanya lebih jelas kelihatan pada mereka yang berkulit putih atau individu yang mempunyai rambut yang berwarna cerah atau merah.

 

Faktor Penyebab Freckles

  • Genetik (keturunan)
  • Pendedahan terhadap cahaya matahari yang berlebihan
  • Kesan luka terbakar akibat cahaya matahari
  • Penggunaan kosmetik yang mengandungi mercury untuk tempoh lama
  • Melakukan rawatan hormon

 

Tips Menanggani Freckles

Berikut tcm kongsikan beberapa tips yang boleh anda amalkan di dalam menanggani freckles. Antaranya adalah seperti, elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan. Kedua, sekiranya anda perlu melakukan sesuatu aktiviti dibawah cahaya matahari, pakai pakaian pelindung seperti topi, pakaian berlengan panjang dan cermin mata hitam.

Gunakan juga krim pelindung matahari dengan SPF yang sesuai.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=apa+itu+freckles

https://hellosehat.com/penyakit/freckles/

https://blog.hawaku.com/2016/01/28/tanya-jawab-seputar-freckles-bersama-dr-kadek-adnyani-astutidewi-s-ked/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>