Jangkitan Amebiasis

oie_gw19ivfypuqi

Salam sejahtera semua, terima kasih kerana sudi membaca. Artikel yang akan tcm kongsikan bersama anda semua pada hari ini adalah berkenaan dengan sejenis jangkitan yang dikenali sebagai ‘amebiasis’. Amebiasis adalah sejenis jangkitan pada usus besar seseorang itu dan kadang kala ia juga dapat terjadi pada organ hati. Jangkitan amebiasis disebabkan oleh parasit entamoeba histolytica.

Nak tahu lebih lanjut berkenaan penyakit amebiasis? Jom teruskan bacaan anda di bawah.

 

Penyebab Amebiasis

Seperti yang diterangkan diatas, parasit penyebab penyakit ini adalah entamoeba histolytica. Parasit ini sebenarnya merupakan penyebab utama diarrhea, kerosakan pada perut dan juga saluran pencernaan. Antara beberapa cara bagaimana parasit mampu menjangkiti tubuh badan anda adalah melalui makanan atau minuman yang tidak bersih.

Antara serangga yang berpotensi menjadi medium penyebaran parasit adalah seperti lalat, nyamuk, dan lain-lain serangga.

 

Gejala-Gejala Amebiasis

Seseorang itu dapat mengalami gejala-gejala amebiasis kira-kira 2-4 minggu setelah mengalami jangkitan. Namun terdapat juga pesakit yang mengambil masa sehingga beberapa bulan sebelum menunjukkan sebarang gejala. Antaranya seperti :

  • Demam dan sering merasa letih
  • Merasa sakit pada bahagian punggung
  • Mengalami diarrhea (10 hingga 12 kali sehari)
  • Mengalami kekejangan pada bahagian perut
  • Diarrhea yang dialami disertai darah

 

Info Semasa

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), terdapat kira-kira 10% penduduk dunia yang dijangkiti amebiasis. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa amebiasis lebih sering terjadi pada kawasan tropika serta kawasan yang mempunyai persekitaran yang tidak bersih.

 

Faktor Pendorong Amebiasis

  • Tinggal atau pergi melawat kawasan-kawasan yang mempunyai persekitaran yang kotor
  • Tabiat hubungan seks bebas
  • Mempunyai sistem ketahanan tubuh badan yang rendah
  • Menderita penyakit kronik

 

Langkah Menanggani Amebiasis

Perkara pertama yang harus anda lakukan sekiranya mengalami gejala-gejala seperti di atas adalah segera melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital. Setelah mendapat saranan dan ubat daripada doktor, anda juga boleh mengamalkan beberapa langkah di bawah di dalam menanggani amebiasis. Antara langkah-langkah tersebut adalah seperti :

  • Pastikan anda sering menjaga kebersihan diri
  • Minum banyak air kosong bagi mencegah dehidrasi atau diarrhea
  • Cuci tangan dengan menggunakan sabun dan basuh sehingga bersih
  • Pastikan juga kebersihan kawasan persekitaran tempat tinggal anda terjaga
  • Akhir sekali, pastikan makanan anda dimasak sepenuhnya

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=apa+tu+amebiasis

https://hellosehat.com/penyakit/amebiasis/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>