Kenali Mikosis

oie_ANiey4Tijz9U

Hi semua, artikel yang ingin tcm kongsikan pada hari ini adalah mengenai sejenis masalah yang dikenali sebagai mikosis. Mikosis adalah istilah perubatan yang merujuk kepada jangkitan cendawan atau kulat (fungus). Untuk pengetahuan semua, jangkitan kulat ini dapat terjadi pada semua organ tubuh badan manusia. Ini termasuklah dari kuku, kulit dan hingga ke organ otak kita.

Secara kebiasaannya, mikosis menyerang mereka yang mempunyai sistem ketahanan tubuh badan yang lemah. Selain itu, mikosis turut menyerang mereka yang menghidapi kanser atau mereka yang baru sahaja menjalani pembedahan besar seperti pemindahan organ.

 

Gejala-Gejala Mikosis

Berikut tcm senaraikan gejala-gejala mikosis berdasarkan kawasan yang dijangkiti :-

  • Kulit – Tompok putih atau ruam merah yang mungkin gatal
  • Kuku – Keadaan kuku yang menebal, rapuh dan cacat
  • Vagina – Masalah keputihan yang gatal
  • Paru-paru – Demam, batuk, sakit otot dan kepala
  • Darah – Demam, menggigil, mual dan degupan jantung yang kuat
  • Selaput otak – Sakit kepala yang berterusan, leher terasa kaku dan sensitif terhadap cahaya

 

Jenis-Jenis Mikosis

  1. Mikosis Superfisial atau Kutaneus : Mikosis superficial adalah sejenis jangkitan kulat yang menjangkiti pada bahagian epidermis, manakala mikosis kutaneus pula menjangkiti pada bahagian dermis kulit.
  2. Mikosis Subkutan : Sejenis jangkitan yang menyerang pada bahagian bawah kulit atau hipodermis. Contohnya seperti kulat yang dapat memasuki bahagian bawah kulit kerana berlakunya kecederaan atau luka.
  3. Mikosis Dalam : Mikosis dalam pula melibatkan jangkitan pada bahagian organ dalaman tubuh badan manusia. Antaranya seperti perut, paru-paru, tulang dan sehinggalah sistem saraf pusat. Secara umumnya, jangkitan kulat ini masuk ke dalam tubuh badan melalui saluran pernafasan, saluran pencernaan dan pembuluh darah.

 

Penyebab Mikosis

Jangkitan mikosis umumnya terjadi disebabkan oleh sistem ketahanan tubuh yang lemah. Terdapat beberapa faktor yang dapat menyebabkan sistem ketahanan tubuh badan lemah. Antaranya seperti :-

  • Penyakit HIV/AIDS
  • Mengambil ubat-ubatan yang melemahkan sistem imun seperti kortikosteroid dan inhibitor faktor nekrosis tumor
  • Menjalani pembedahan pemindahan organ
  • Penyakit kanser
  • Pesakit yang berada di dalam keadaan kritikal

 

Pencegahan Mikosis

Berikut tcm senaraikan beberapa langkah pencegahan yang dapat diamalkan bagi mencegah mikosis. Antaranya seperti :-

  • Memakai kasut yang mempunyai pengaliran udara yang baik
  • Menjaga kebersihan diri terutamanya kulit, tapak kaki, mulut dan lain-lain
  • Meningkatkan tahap sistem imun diri anda
  • Perlu kerap menukar pakaian secara keseluruhan, terutamanya ketika berpeluh

 

Rawatan Mikosis

Rawatan bagi masalah mikosis bergantung pada penyebabnya. Secara umumnya, rawatan mikosis dapat dijalani dengan pengambilan ubat anti kulat. Antaranya seperti :-

  1. Polyene, termasuk amphotericin B, nystatin dan pimaricin
  2. Azole, termasuk fluconazole, itraconazole dan ketoconazole
  3. Allyamine dan morpholine, termasuk naftifine, terbinafine dan amorolfine
  4. Antimetabolite, termasuk fluorocytosine

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=penyakit+mikosis

https://www.alodokter.com/mikosis

https://www.klikdokter.com/penyakit/mikosis

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>