BEKAM

 

Bekam adalah salah satu teknik perubatan yang telah wujud sejak beratus tahun dahulu. Rawatan bekam terdapat beberapa Jenis iaitu bekam kering (angin), bekam basah (darah).

 

bekam

 

Bekam kering (angin)

bekam angin

 

Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang yang tidak tahan sakit suntikan jarum atau takut melihat darah.  Mengikut kaedah tradisional , kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman selepas kira kira tiga hari.

Bekam basah (darah)

bekam darah

 

Bekam ini dilakukan  dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikelurakan menggunakan alat pegamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna ,merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihatkan tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.

Waktu berbekam

Waktu yang paling sesuai berbekam adalah pertengahan bulan kerana ketika itu darah toksik berhimpum. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila bila masa sahaja. Mereka yang ingin berbekam dinasikatkan berpuasa terlebih dahulu sebelum melakukan rawatan bekam.

Kebaikan berbekam

1-      Membantu menghilangkan pening dan migrain

2-      Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

3-      Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam

4-      Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi dikaki

5-      Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredekan serangan angin akhmar.

6-      Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan  peredaran darah tersumbat

7-      Membantu meringankan tubuh . darah kotor terkumpul dibawah

Larangan larangan untuk berbekam adalah

1-      Tidak dibenarkan melakukan bekam terhadap pengidap diabetis, fizikal yang lemah, infeksi kulit yang kronik, kanser darah, keguguran kandungan, orang gila, hepatitis A,B

2-      Tidak disaran berbekam selepas mandi

3-      Berbekam selepas muntah

4-      Anggota badan iaitu telinga, mata, hidung, mulut alat kelamin dan budur

bekam 1

 

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>