Penyakit Hipoglisemia

oie_zKzHeSTa8XDm

Salam khamis semua, semoga semua sihat sentiasa ya. Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai penyakit hipoglisemia. Hipoglisemia bermaksud suatu keadaan di mana paras gula di dalam badan seseorang itu mencecah bawah 3.9 mmol/L (60 atau 70 mg/dL) tapi seringkali pesakit hanya mengalami simptom apabila mencapai aras 2.8 hingga 3.0 mmol/L (50 hingga 54 mg/dL).

 

Gajala-Gejala Hipoglisemia

  • Rasa menggigil
  • Mudah penat
  • Penglihatan kabur atau kurang jelas
  • Percakapan kurang jelas
  • Sukar untuk fokus
  • Jantung berdegup kencang tiba-tiba
  • Kulit menjadi pucat dan sejuk

 

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti di atas, segeralah  berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan selanjutnya. Ini kerana, bagi kes hipoglisemia yang serius, pesakit mungkin boleh pengsan (tidak sedarkan diri) atau mengalami sawan. Walaupun pengsan mungkin kelihatan seperti sesuatu yang tidak berbahaya, cuba anda bayangkan bagaimana sekiranya anda pengsan ketika hendak melintas jalan atau ketika melakukan sebarang aktiviti lain.

Anda mungkin dapat mengalami kecederaan. Oleh itu, tcm sarankan elakkan dari bertangguh, sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami simptom seperti di atas.

 

Faktor Penyebab Hipoglisemia

Sebelum kita tahu bagaimana hipoglisemia dapat terjadi, kita perlu tahu bagaimana badan kita mengawal kadar gula terlebih dahulu. Ini kerana, sel-sel badan manusia memerlukan gula untuk menjana tenaga supaya sel-sel badan berfungsi dengan baik. Secara normalnya, badan kita akan menguraikan gula daripada makanan berasaskan karbohidrat seperti nasi, pasta, sayuran, roti dan buahan.

Gula ini seterusnya akan diserap ke dalam darah setelah makanan dicernakan. Apabila paras gula di dalam darah terlalu tinggi, kelenjar pankreas akan merembeskan hormon insulin untuk mengawal paras gula supaya tidak menjadi terlalu tinggi. Hormon insulin akan bekerja untuk menyimpan gula yang berlebihan di dalam hati dan otot dalam bentuk glikogen disamping menggalakkan gula diserap dengan lebih mudah semasa sel badan bekerja.

 

Bagi individu yang menghidapi kencing manis, hipoglisemia boleh berlaku apabila mereka mengalami jangkitan kuman, mengalami kegagalan buah pinggang, apabila menukar dos atau jenis ubat, terlebih dos insulin secara tidak sengaja, tidak mengurangkan dos ubatan apabila berpuasa dan sebagainya. Bagi mereka yang tidak menghidapi kencing manis, hipoglisemia dapat terjadi disebabkan :

  • Terlalu banyak minum minuman beralkohol ketika perut kosong
  • Penghasilan insulin yang terlalu banyak oleh pankreas kerana faktor seperti obesiti, pengambilan karbohidrat terlalu banyak, tumor pada pankreas atau kesan sampingan dari pembedahan pintasan gastrik
  • Mengalami penyakit yang menyerang kelenjar tiroid, kelenjar adrenal, ginjal atau hati
  • Kekurangan nutrisi
  • Kesan sampingan ubat-ubatan seperti propranolol untuk hipertensi, asid salisilat untuk reumatik dan quinine untuk malaria

 

Langkah Pencegahan Hipoglisemia

  • Makan sesuai dengan aktiviti yang dilakukan : Penting untuk mengekalkan gula yang diperlukan oleh tubuh badan. Untuk pesakit diabetes yang ingin bersenam pula, pastikan anda makan karbohidrat yang cukup dan laraskan dos insulin anda sesuai dengan saranan doktor.
  • Cegah dari pengambilan sebarang minuman yang beralkohol : Ini kerana, alkohol dapat mempengaruhi kemampuan tubuh badan untuk melepaskan glukosa. Sekiranya anda menhidapi diabetes jenis 1, adalah sangat disarankan supaya anda tidak minum sebarang minuman beralkohol atau tidak lebih daripada 30 ml sehari.
  • Pantau kadar gula secara berkala : Hal ini penting untuk dilakukan setiap hari bagi memastikan kadar gula anda sentiasa berada di tahap normal.
  • Kenali gejala-gejala hipoglisemia : Pengetahuan kita mengenai hal ini dapat membantu menanggani hipoglisemia dengan cepat.
  • Sentiasa sediakan makanan atau ubat-ubatan untuk menanggani gejala :  Salah satu ubat yang sering disarankan oleh doktor penggunaannya adalah suntikan glukagon.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.atiehilmi.com/2016/11/hipoglisemia-kurang-gula-dalam-darah.html

http://www.alodokter.com/hipoglikemia

http://www.mmgazette.com/hipoglisemia-kurang-gula-dr-nur-hidayati/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>