Cara Mudah Untuk Rehatkan Minda

Hye kengkawan semua..!!
Entry Kali nie saya nak berkongsi beberapa tips mudah untuk merehatkan minda anda.

 

 

Amalkan yoga

Amalan yoga dapat membantu menguatkan stamina, meningkkatkan tenaga, mengutkan fizikal dan juga dapat merehatkan minda anda juga. Ketika melakukan yoga anda hendaklah menarik nafas sambil melakukan regangan pada otot-otot badan. Oleh yang demikian ianya sangat bagus untuk tubuh dan juga mind anda.

Dekatkan diri dengan alam semulajadi

Keindahan dan kecantikan alam semulajadi  didunia ini memang tiada bandingannya. Keasyikkan alam smulajadi , flora dan fauna, gunung ganang, lautan dan sebagainya secara tidak lansungnya akan menjadikan minda kita tenang. Ia akan membuat kita asyik sehinggakan segala masalah akan dilupakan.

Luangkan masa dengan aktiviti kegemaran

Melakukan aktiviti kesukaan sangat membantu ketika anda mengalami stress atau tekanan. Melakukan aktiviti kegemaran secara tidak lansungnya  boleh membuatkan anda lupa tentang masalah selain ianya dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. Contohnya aktiviti seperti berfutsal, bermain badminton, berenang, berjoging, menari , yoga dan sebagainya.

Luangkan masa dengan haiwan peliharaan

Berjinak-jinak dengan haiwan peliharaan sangat membantu ketika anda sunyi, sedih ataupun stress. Walaupun ianya tidak boleh berkomunikasi, tetapi hubungan yang ada pada haiwan kesayangan anda itu secara tidak lansung akan membuata anda lupa tentang berbagai masalah yanag melanda selain anda juga akan menjadi seorang yang penyayang terhadap binatang.

Makan, minum, tidur secukupnya

Ini adalah perkara yang sangat penting dalam kehidupan harian untuk mendapatkan minda yang cerdas dan cergas, makan, minum dan tidurpenting kerana tubuh badan memerlukan tenaga yang cukup supaya  minda sentiasa cergas. Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya supaya anda  tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>