Epilepsi

oie_NdE23PTOU82i

Epilepsi atau biasanya dikenali sebagai sawan adalah suatu penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan isyarat elektrik(impulse) di dalam otak. Ia biasanya disebabkan oleh kecederaan semasa atau selepas kelahiran, akibat tumor, demam ketika kanak-kanak atau disebabkan oleh jangkitan. Epilepsi terjadi apabila gangguan dalam bahagian otak berlaku secara berulang dalam bentuk serangan sawan. Seterusnya, ia akan menyebabkan pesakit tersebut tidak akan sedarkan diri untuk beberapa ketika bergantung kepada tahap keseriusan sawan yang dihidapinya.

 

Kesan daripada serangan sawan tersebut. Pesakit akan merasa letih serta tidak dapat mengingati apa yang sebenarnya telah berlaku kepada dia. Anggaran masa berlakunya serangan sawan pada kanak-kanak adalah di antara 10-20 minit serta paling cepat boleh terjadi adalah selama 30 saat. Penyakit epilepsi bukanlah satu petanda buruk buat seseorang itu, ia juga tidak berjangkit ataupun berkaitan dengan masalah mental. Kebanyakan pesakit mempunyai tahap kecerdasan otak yang normal, malah ada yang melebihi purata normal. Serta, terdapat ramai pesakit yang telah pun berjaya di dalam kehidupan mereka.

 

Antara punca-punca epilepsi :

  1. Kerosakan bahagian otak akibat jangkitan kuman, parasit, alkohol, atau bahan toksik.
  2. Ketumbuhan di bahagian otak atau kecacatan di bahagian saluran darah otak.
  3. Kecederaan parah dibahagian otak.
  4. Komplikasi selepas strok.
  5. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran.

 

Ubat-ubatan herba adalah salah satu kaedah perubatan tradisional yang digunakan bagi merawat epilepsi sejak beribu tahun lalu. Namun, semakin pesat membangun negara kita, semakin sukar untuk kita mencari ubat-ubatan herba bagi merawat apa-apa sakit yang kita alami. Walaupun begitu, masih ada ubat-ubatan herba yang sangat efektif kesannya masih terdapat di pasaran. Salah satunya, anda boleh dapatinya di The Tole Acupuncture-Herbal Medical Centre. Mereka menyediakan perbagai jenis herba bagi membantu merawat apa jua sakit yang anda alami. Selain ubatan herba yang tebukti keberkesanannya, mereka juga menggunakan rawatan alternatif buat mengubati satu-satu penyakit itu.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

60

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>