Penyakit Disfagia

oie_ipAUhXXdvJtT

Apa khabar para pembaca sekalian? Semoga semuanya sihat sentiasa yea..:) Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan penyakit “Disfagia”. Ok, penyakit ini merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran untuk menelan. Disfagia juga boleh dikatakan sebenarnya merupakan tanda-tanda bagi penyakit esophagus.

Mereka yang menderita penyakit ini akan memerlukan usaha dan waktu yang lebih ketika proses penyaluran makanan atau minuman dari mulut ke dalam perut. Walau kelihatan remeh, disfagia mampu mendatangkan kesan yang serius terhadap kesihatan penderitanya. Terdapat sesetengah pesakit disfagia yang langsung tidak makan atau minum.

 

Hal ini kerana mereka merasa terlalu sakit dan tidak mampu lagi untuk menahan kesakitan tersebut dan seterusnya terus mengelak daripada makan dan juga minum. Kesan dari perbuatan mereka itu, mereka akan berisiko mengalami pelbagai penyakit lain lagi disebabkan tubuh badan yang lemah dan tidak mempunyai khasiat yang mencukupi.

 

Faktor Penyebab

disfagia-ictus-160x160

  • Menderita penyakit yang dapat menyebabkan esofagus (saluran makanan dari mulut ke perut) menyempit contohnya seperti asid perut, kanser mulut dan tekak dan sebagainya.
  • Menderita masalah seperti cerebral palsy, gangguan belajar dan bibir sumbing.
  • Menderita masalah yang dapat mengganggu otot-otot pendorong makanan dari tekak ke dalam perut. Contohnya penyakit seperti achalasia dan sclerosis.
  • Menderita penyakit yang dapat merosakkan sistem saraf yang berfungsi mengendalikan proses menelan. Antaranya seperti penyakit demensia, parkinson, multiple sclerosis dan stroke.
  • Mengalami masalah yang dapat mengganggu pernafasan seperti penyakit paru obstruktif kronik.
  • Kesan cedera pada bahagian kepala atau leher.

 

Gejala Disfagia

oie_NbGpbMQsrTmw

  • Merasa sakit ketika menelan sesuatu
  • Merasa makanan tersangkut di tekak atau dada
  • Tersedak ketika makan atau minum
  • Berat badan menurun mendadak
  • Air liur meleleh berterusan
  • Mengeluh mulut sering kering
  • Sering sakit ulu hati
  • Suara menjadi serak

 

Merawat Disfagia

Cara yang terbaik sekali di dalam mengubati disfagia adalah dengan mengubati penyebab utama yang menyebabkan disfagia terjadi. Contohnya bagi disfagia yang terjadi disebabkan serangan stroke, dapat dibantu dengan menjalani terapi tertentu yang disarankan oleh doktor. Terapi tersebut akan melakukan latihan pada otot-otot menelan dan banyak lagi.

Bagi mengatasi gejala-gejala yang terjadi akibat disfagia pula, pesakit dinasihatkan untuk makan dengan kuantiti yang sedikit-sedikit agar tidak terlalu menyakitkan. Bagi mereka yang sering tersedak ketika makan hendaklah lebih berhati-hati agar tidak mengalami sebarang kecederaan lain.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>