Info Kesihatan : 8 Kebaikan Jogging

oie_lJZNBQsN0fKh

Di dalam dunia yang serba moden sekarang ini. Terdapat pelbagai alat senaman yang dapat kita gunakan di dalam mengamalkan gaya hidup sihat atau bagi menurunkan berat badan. Untuk artikel kali ini, tcm nak fokuskan pada satu bentuk senaman dan apa kebaikan yang dapat kita perolehi daripada senaman tersebut. Senaman yang tcm maksudkan disini ialah senaman “jogging”.

Jogging merupakan satu bentuk senaman yang sangat mudah untuk dilakukan. Anda hanya memerlukan sepasang kasut sukan dan pakaian yang bersesuaian. Walaupun jogging kelihatan ringkas dan mudah, ia dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada mereka yang mengamalkannya.

 

8 Kebaikan Jogging

1. Menurunkan Berat Badan

Ha, tcm pasti ramai sebenarnya yang ingin sangat turunkan berat badan. Jogging dapat meningkatkan tahap metabolisme seseorang itu dan akan membakar kalori dengan lebih cepat. Ketika berjogging, tubuh akan membakar kalori di dalam tubuh 2 kali lebih cepat berbanding jika berjalan kaki.

 

2. Baik Untuk Mental

Mengikut kajian yang dijalankan, jogging mampu meningkatkan mood dan membina keyakinan diri yang positif. Selain itu, jogging juga mampu mengurangkan simptom-simptom kemurungan.

 

3. Meningkatkan Imunisasi

Sekiranya anda sering mengamalkan senaman jogging, anda akan menyedari yang anda akan lebih jarang mengalami sakit seperti selsema, alahan, keletihan melampau, senggugut, sakit belakang dan masalah sistem pencernaan. Ini membuktikan sistem imunisasi anda sudah semakin kuat.

 

4. Melambatkan Penuaan

Secara normalnya, seiring dengan pertambahan usia, kepadatan otot dan tulang kita akan berkurangan. Dengan rajin jogging, kita dapat mengurangkan risiko penuaan yang terlalu cepat. Secara tak langsung ia juga membuatkan kesihatan tulang kita turut terjaga.

 

5. Baik Untuk Jantung

Dengan jogging, ia merupakan salah satu cara yang efektif di dalam menggalakkan otot jantung kita untuk bekerja. Senaman jogging yang dilakukan dengan kerap akan membuatkan aliran darah di dalam badan menjadi lebih baik. Di samping itu, ia turut merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau stroke.

 

6. Memperbaiki Kualiti Tidur

Masalah tidur seperti insomnia dapat membuatkan tubuh terasa letih dan mengganggu aktiviti harian. Kajian dijalankan terhadap pesakit insomnia dengan menyuruh mereka untuk jogging secara rutin. Kesan daripada perkara tersebut, mereka ternyata mampu untuk mempercepatkan waktu tidur mereka selain tidur mereka menjadi lebih nyenyak.

 

7. Baik Untuk Kulit

Jogging akan meransang pengaliran darah di dalam badan. Disebabkan itu, pembekalan nutrien dan pembuangan sisa toksik akan menjadi lebih efisyen dan secara tidak langsung turut menjadikan kulit lebih halus dan cantik.

 

8. Cegah Osteoporosis

Dengan berjogging secara tetap, anda sebenarnya memberikan bebanan pada otot dan tulang secara positif. Ini kerana, dengan memberi bebanan pada otot dan tulang secara positif, anda akan meransang otot dan tulang untuk menjadi lebih kuat dan seterusnya tidak mudah dimamah usia.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://truskemata.blogspot.my/2013/09/11-kebaikan-jogging-yang-wajib-anda-tahu.html

http://sayangkandiri.blogspot.my/2014/11/kebaikan-berjogging.html

http://kesehatantubuh-tips.blogspot.com/2013/09/manfaat-rajin-melakukan-olahraga-joging.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>