Gangguan Tidur Berjalan

oie_bcN4bj9YKBi9

Hai semua, semoga sihat selalu yea. Hari ini tcm nak kongsikan berkenaan dengan sejenis gangguan tidur yang mungkin sebilangan kecil dari kita pernah mengalaminya sendiri. Hah? Gangguan apa tu? Gangguan tersebut dikenali sebagai somnambulism atau juga lebih dikenali sebagai gangguan tidur berjalan. Bila sebut ja gangguan tidur ni, mesti ada yang tersenyum sorang-sorang kan. :)

Mengikut kajian, gangguan tidur ini terjadi kepada sekitar 1%-15% daripada manusia seluruh dunia. Mereka yang mengalami gangguan tidur ini mampu melakukan aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan ketika mereka sedar. Contoh aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti memasak, makan, berjalan-jalan, membuat panggilan telefon dan sebagainya.

chibi_reiko_is_tired__wechat_contest__by_mmidori31-d7km6lz

Perkara ini terjadi ketika tahap gelombang tidur seseorang itu berada pada tahap yang rendah. Sehingga mereka tidak dapat mengingat sama sekali apa yang berlaku pada mereka. Gangguan tidur ini kebiasaannya terjadi sekitar 10 minit. Bagi yang hanya berjalan sekitar tempat tidur, mungkin dilihat kurang bahaya, akan tetapi bagi yang membuka pintu dan keluar daripada rumah?

Sekiranya kita bertembung dengan mereka yang sedang mengalami gangguan ini, mereka kebiasaannya akan berjalan dengan memandang lurus kehadapan. Ada sesetengah yang mengalaminya dengan mata yang tertutup dan ada juga yang mengalami dengan mata terbuka akan tetapi mereka sememangnya masih tidur. Sekiranya dikejutkan mereka, mereka akan kehairanan kerana tidak akan ingat sama sekali apa yang mereka lakukan.

 

Faktor Penyebab Tidur Berjalan

chibi_reiko_wakes_up__wechat_contest__by_mmidori31-d7kqoit

 

Kajian masih lagi dijalankan bagi mendapatkan faktor utama yang menyebabkan seseorang itu mengalami gangguan tidur. Namun, berikut dapat disenaraikan beberapa faktor yang dapat menjadi pendorong kepada terjadinya gangguan tidur sambil berjalan ini.

  • Merasa cemas atau stress
  • Terjaga secara tiba-tiba dari tidur yang lena
  • Kesan sampingan ubat tidur atau ubat-ubatan sedatif
  • Tidak mendapat tidur yang mencukupi
  • Kesan sampingan pengambilan dadah ataupun minuman beralkohol

 

Langkah-Langkah Pencegahan

1075399784_c.jpg

 

Diri sendiri

Sekiranya anda mendapat tahu anda merupakan salah seorang daripada yang mengalami gangguan ini, anda dapat mengamalkan beberapa langkah pencegahan seperti di bawah.

  • Mengurangkan segala faktor yang menyebabkan anda stress
  • Sering melakukan aktiviti yang dapat menenangkan fikiran anda sebelum tidur
  • Elakkan daripada minum minuman beralkohol atau berkafein sebelum tidur
  • Digalakkan untuk buang air kecil dahulu sebelum tidur

 

Ahli keluarga atau teman serumah

Tips berikut pula dapat diamalkan bagi membantu dan seterusnya mengubati gangguan tidur berjalan yang dialami oleh ahli keluarga atau teman serumah anda.

  • Kenalpasti waktu gangguan yang dialami oleh individu tersebut dan cuba untuk kejut mereka sebelum mereka mengalami gangguan tersebut.
  • Selain itu, faktor persekitaran juga hendaklah dikawal dengan menyusun aturan rumah dengan lebih selamat serta mengubah segala barang yang boleh mendatangkan kecederaan seperti pisau yang berada di atas meja.
  • Meletakkan pintu penghalang dikawasan yang berbahaya seperti tangga supaya dapat mengelakkan daripada seseorang itu terjatuh.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>