Benign Prostatic Hyperlasia

oie_dc711j2YV6hC

Salam sejahtera semua. Tajuk kita hari ini ialah berkenaan dengan Benign Prostatic Hyperplasia (BPH). Apa tu BPH? BPH merupakan pembesaran yang terjadi pada kalenjar prostat akan tetapi bersifat tidak bahaya ataupun tidak bersifat kanser. Kalenjar prostat memiliki fungsi bagi menghasilkan air mani dan terletak pada rongga pinggul diantara pundi kencing dan penis.

Penyakit BPH lebih cenderung terjadi pada lelaki yang berumur 50 tahun dan ke atas. Walaupun ianya tidak berbahaya, akan tetapi ia dapat membuatkan penderitanya merasa tidak selesa kerana mereka sering merasa ingin membuang air kecil terutama sekali pada waktu malam. Perkara ini secara tidak langsung dapat mengganggu kualiti tidur seharian mereka.

 

Faktor Penyebab BPH

  • Keturunan : Seseorang itu mempunyai risiko yang lebih tinggi menghidapi BPH sekiranya ahli keluarganya mempunyai sejarah menghidapi BPH berbanding mereka yang tidak mempunyai sebarang rekod menghidapi BPH di dalam keluarga mereka.
  • Makanan yang mengandungi lemak tinggi : Sering mengamalkan pemakanan yang mempunyai lemak tinggi dapat membuatkan dirinya terdedah kepada penyakit BPH. Oleh itu, sentiasalah amalkan pemakanan yang seimbang.
  • Jarang bersenam : Kajian menunjukkan individu yang lebih gemar bersenam atau menjalani rutin kehidupan yang lebih sihat dapat mengelakkan daripada terjadinya masalah penyakit prostat.
  • Ubat-ubatan yang dilarang : Selain daripada faktor diatas, tindakan mengambil ubat-ubatan yang terlarang dan tidak bagus untuk tubuh badan juga dapat menyebabkan munculnya penyakit prostat.
  • Tabiat kuat merokok : Seperti yang kita semua ketahui tanpa perlu dibahas lagi, merokok sememangnya mendatangkan pelbagai kesan negatif pada kesihatan kita.

 

Gejala-Gejala BPH

bee-sting-ouch-clip-art-1855996

  • Sering merasa ingin membuang air kecil
  • Sukar mengeluarkan urin
  • Aliran urin tersekat-sekat
  • Urin yang mengandungi darah
  • Meneran ketika membuang air kecil

 

Berikut di atas merupakan beberapa gejala yang dialami oleh penderita BPH. Gejala-gejala tersebut terjadi disebabkan oleh tekanan pada pundi kencing dan uretra akibat daripada pembesaran yang terjadi pada prostat. Sekiranya anda mengalami sebarang gejala diatas, TCM sarankan segeralah menemui doktor agar tahap kesihatan anda dapat dipastikan dengan lebih teliti.

Selain itu, pemeriksaan kesihatan juga sangat penting sekali bagi menentukan apakah sebenarnya masalah kesihatan yang dialami anda. Ini kerana, selain daripada masalah pembesaran prostat, terdapat beberapa masalah lain lagi yang mempunyai gejala-gejala sama seperti diatas. Contohnya seperti jangkitan pada saluran kencing, penyempitan uretra, kanser pundi kencing dan lain-lain.

 

Langkah Pencegahan BPH

oie_Cr7nUyW9sQRh

  1. Melakukan aktiviti seperti bersenam dengan teratur dan konsisten. Contohnya seperti berjalan kaki selama satu jam pada setiap hari
  2. Mengelakkan daripada minuman yang beralkohol
  3. Elakkan daripada minum dua jam sebelum tidur
  4. Mengamalkan gaya pemakanan yang sihat
  5. Kurangkan daripada sering minum minuman yang berkafein
  6. Makan makanan yang kaya akan serat dan protein

 

Kesan buruk BPH

BPH secara umumnya akan mendatangkan beberapa kesan buruk terhadap penderitanya. Sebagai contoh, diantara komplikasi yang mungkin dialami penderita BPH ialah ketidakmampuan pundi kencing di dalam mengosongkan urin, jangkitan pada saluran kencing, kerosakan pundi kencing dan ginjal. Oleh itu, bagi mereka yang mengalami masalah ini adalah sangat disarankan supaya mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>